MARA adalah sebuah salah satu badan kerajaan yang ditubuhkan untuk bantu peniaga bumiputera dalam menaikkan mutu dan kualiti perniagaan selain mampu menjana pendapatan. Fokus utama pembiayaan adalah tertumpu kepada mereka yang berumur 60 tahun ke bawah yang terlibat dalam bidang perniagaan.

4  bantuan utama yang perlu usahawan tahu adalah seperti adalah seperti SKIM OKU, PUTEK,DanaNITA & Digital Biz

1- SKIM OKU

Objektif SKIM ini adalah usaha MARA untuk bantu peniaga orang kurang upaya (OKU) mengusahakan perniagaan mereka sendiri disamping dapat membantu mereka menjana pendapatan. Dengan adanya SKIM OKU ini, ramai usahawan OKU mampu untuk menyara hidup mereka sendiri dengan mempunyai pendapatan dan mampu untuk tanggung kos sara hidup pada masa kini.

  • SKOP PEMBIYAAN (modal pembelian mesin & peralatan, ubah suai premis perniagaan)
  •  Berjumlah RM50,000.00
  • Tempoh adalah selama 1-15 tahun

SKIM OKU Jenis Bantuan MARA

2- PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK)

Objektif PUTEK adalah untuk wujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang ada. Bagi usahawan baru, dengan adanya PUTEK ini akan bantu mereka untuk lebih aktif dalam hasilkan produk.

  • SKOP PEMBIYAAN (pembelian mesin & peralatan, modal pusingan untuk usahawan baru)
  • JUMLAH adalah dari RM30,000.00 sehingga RM500,000.00
  • Tempoh pembiayaan adalah 1-5 tahun

PUTEK

3- SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KHAS WANITA (DanaNITA)

Objektif DanaNITA ini adalah untuk galakkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, kukuhkan peniaga wanita yang sedia ada selain untuk membantu wanita meningkatkan pendapatan isi rumah.

  • SKOP PEMBIAYAAN (Modal pusingan, pembelian mesin & peralatan)
  • Jumlah pembiayaan adalah hingga RM150,000.00
  • Tempoh pembiayaan adalah 1 – 10 tahun

DanaNITA

4- GERAN MARA DIGITAL BIZ

Objektif Digital Biz ini adalah untuk bantu usahawan bagi luaskan sektor perniagaan mereka melalui pemasaran digital seiring dengan pengembangan arus kemodenan masa kini. Selain daripada mengejar arus permodenan dalam dunia perniagaan, usahawan juga mampu untuk tingkatkan hasil jualan mereka melalui pemasaran secara digital seperti  platform media sosial bagi mudahkan urusan jual beli bersama para pelanggan.

  • SKOP PEMBIAYAAN ( melalui servis pemasaran digital dari pembekal)
  • Jumlah Geran adalah bermula dari RM6,000.00 – RM20,000.00
  • Tempoh Geran adalah ikut kepada tempoh yang diberi MARA

Digital Biz

 

untuk maklumat lanjut berkenaan geran MARA Digital Biz, klik di SINI

Bagi mereka yang mahu untuk mohon Geran Mara digital biz, boleh klik di SINI

Share.

Leave A Reply