Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Bapa Ketuk Kaki Anak, Pukul Kepala Dengan Penyapu Didenda RM4,000 | KUALA LUMPUR, 17 Nov  — Seorang bapa didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mengetuk kaki kiri anak perempuannya menggunakan telefon bimbit dan memukul kepalanya dengan penyapu serta memulas tangan kanak-kanak itu sehingga lebam.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 39 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap anak perempuannya berusia 10 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Setapak di sini pada 12 tengah hari, 8 Nov lepas.

Mahkamah turut memerintahkan bapa sembilan anak itu menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Ketika ditanya Mahyon mengapa tertuduh bertindak sedemikian, lelaki itu berkata: “Anak saya tak nak belajar, tengok telefon (telefon bimbit) sahaja.”

Mahyon menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia kesalahan serius.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman penjara terhadap tertuduh kerana sebagai seorang bapa, dia sepatutnya melindungi bukan mencederakan anaknya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

“Isteri saya sudah meninggalkan saya, jadi saya yang perlu menjaga anak-anak serta ibu bapa saya,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah diketuk di bahagian kaki kirinya dengan telefon bimbit dan dipukul di kepala menggunakan batang penyapu selain dipulas tangan kanannya ke belakang oleh bapanya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami lebam di tangan kanan dan kaki kiri serta kesan lecetan di kepala akibat tindakan tertuduh.

Sumber: Bernama

Share.

Leave A Reply