Bapa Panik Bayi 10 Hari Hilang, Rupanya Dijual Isteri Dgn Harga RM2,437 | Siapa sahaja tidak panik jika anak yang baru menjejak usia 10 hari boleh hilang ketika sedang lena tidur. Anda sudah pasti menyangka rumah telah dipecah masuk atau diculik dan sebagainya.
Menurut Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indoneesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.
Bagaimanapun, bayi tersebut tersebut bukan diculik tetapi sebaliknya dijual kepada sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.
Wanita yang berada di dalam kesempitan kewangan itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Suspek kemudian menerima bayaran sebanyak 8 juta rupiah (~RM2,437) daripada pasangan suami isteri berkenaan.