Dua Beradik Melecur Cuba Selamatkan Diri Semasa Rumah Terbakar | Kota Tinggi: Dua beradik melecur pada tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini terbakar, semalam.

dua beradik melecur

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Tinggi II Ezam Mistorerrodin berkata, kedua-dua mangsa dikenali Lim Bee Sing, 59, dan Lim Bee Hea, 70, diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Rengit di sini untuk rawatan lanjut.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran dua rumah jenis struktur kekal yang masing-masing musnah 90 peratus dan 30 peratus serta terdapat dua mangsa termasuk seorang warga emas berada di sebuah rumah.

“PKO kemudian bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki dua pancutan sumber pili bomba berhampiran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ezam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.06 tengah hari sebelum 32 anggota dan jentera digegaskan ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun, punca kebakaran dan anggaran kerugian dua rumah yang bersebelahan itu masih dalam siasatan, operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira 1.54 tengah hari,” katanya sambil menambah, kebakaran di sebuah lagi rumah tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Melecur Selamatkan Diri Ketika Rumah Sewa Terbakar

Lelaki Melecur Selamatkan Diri Ketika Rumah Sewa Terbakar | Dua lelaki terselamat dengan seorang daripadanya melecur ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan rumah sewa mereka di Jalan Rebung Bukit Kapar, awal pagi tadi.

Mangsa Melecur 45%

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai 20 anggota termasuk pegawai dari tiga buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Sungai Pinang dan Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah sewa yang mempunyai lima pintu kesemuanya. Semasa kejadian, dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan seorang daripadanya melecur pada tahap 45 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, mangsa yang melecur kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Muhammadul Ehsan, kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.46 pagi dengan punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber : KMN

 

 

BACA JUGA :

Tiga Sekeluarga Melecur Teruk, Kereta Proton Wira Terbakar Dan Meletup

ALOR SETAR: Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini hari ini.

KERETA TERBAKAR

Mangsa Berusia Antara 5 Hingga 54 Tahun

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Abdul Rahim Che Omar, berkata mangsa berusia di antara lima hingga 54 tahun.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian sambil dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya.

Suami Isteri Dan Anak Melecur

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi menemui sebuah kereta terbakar pada bahagian dalam yang membabitkan tiga mangsa.

“Difahamkan, pemandu kereta itu melecur 80 peratus dan isterinya melecur 30 peratus manakala anak mereka melecur hampir 95 peratus.

“Tindakan pihak bomba adalah memastikan api dipadamkan sepenuhnya. Hasil maklumat, kebakaran itu mulanya dipadam orang awam serta pemilik kedai berdekatan menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini punca kebakaran itu masih dalam siasatan dengan kereta Proton Wira itu dianggarkan musnah kira-kira 60 peratus.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply