Bapa Tunai Permintaan Anak Sakit Kanser Mahu Mandi Kolam | PETALING JAYA – Kegigihan seorang bapa menunaikan permintaan anaknya yang menghidap sakit kanser untuk mandi kolam mengundang sebak orang ramai.

Menerusi klip video yang dipercayai dimuat naik bapa kanak-kanak terbabit, Syukrilazizi di akaun TikTok miliknya memaparkan, dia mengangkat anaknya yang dibaringkan di atas pelampung dan membawanya ke kolam di luar rumah.

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu 🥹😭

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

“Tunaikan permintaan anakanda, Nurul Jannah, untuk pergi kolam,” katanya.

Harap bukan kali terakhir

Tambahnya, dia berdoa supaya ini bukan kali terakhir dia dapat menjaga dan menunaikan permintaan anak perempuannya itu.

“Moga ini bukan kali terakhir papa dan umi dapat tunaikan permintaan kamu,” ujarnya.

Hidap kanser neuroblastoma

Menurut hasil tinjauan,  mendapati Nurul Jannah menghidap kanser Neuroblastoma tahap empat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Nurul Jannah.

“Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit Nurul Jannah dan permudahkanlah segala urusannya dan urusan papa serta umi dia,” kata Pujie Tokey.

“Ayah yang hebat. Moga terus tabah,” ujar Dielasky.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 300,000 tontonan dan 9,596 tanda suka.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Wanita Tipu Hidap Kanser. Ini Sebabnya. | Seorang wanita di Brazil memalsukan diagnosis kanser bagi menipu orang ramai untuk memberikan wang kepadanya, lapor akhbar Daily Mirror.

Camilla Maria Barbosa dos Santos, 27, didakwa mencukur rambutnya supaya kelihatan seperti sedang menjalani rawatan kemoterapi dan berbohong kepada orang ramai mengenai penyakit itu.

Wanita yang pernah disiasat atas kes penyelewengan itu memberitahu orang ramai bahawa dia mengumpul dana untuk rawatan.

Dia turut memberitahu polis bahawa dia didiagnos dengan kanser payudara pada 2017 dan sel kansernya telah berkurang.

Suspek kemudian mendakwa sel kansernya kembali pada tahun lalu yang merebak ke paru-paru dan ususnya selepas dijangkiti denggi. Polis bagaimanapun mendapati wanita itu gagal megemukakan bukti diagnosisnya.

Penyiasat polis mula melakukan siasatan ke atas suspek selepas beberapa penderma yang memberikan wang dan membayar ubatnya menjadi curiga tentang sikap wanita itu.

Polis juga mula menerima aduan mengenai pengumpulan dana sumbangan orang ramai dua bulan lalu sebelum siasatan dimuktamadkan pada 5 Januari lepas.

Selain tiada diagnosis rasmi, Hospital Araujo Jorge, iaitu tempat di mana Camilla mendakwa dia menjalani rawatan sejak Julai lalu juga menafikan bahawa dia ialah pesakit di sana.

Pihak hospital menafikan suspek menjalani tujuh rawatan kemoterapi dalam tempoh empat bulan di situ, selain menolak dakwaan rawatannya ditangguhkan kerana mereka kehilangan rekod perubatannya.

Polis mengesahkan bahawa suspek belum ditahan dan mengeluarkan imejnya supaya dapat mengenal pasti mangsa lain.

Sumber: Kosmo

 

Guna Gambar Pengasas Rumah Jagaan Menyamar, Tipu Pinjam Wang | Penipuan dalam talian (online scams) bukan perkara baharu. Ia telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini. Banyak penipuan dalam talian dilapor seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.

Guna Gambar Pengasas Rumah Jagaan Menyamar, Tipu Pinjam Wang

Kejadian yang berlaku baru-baru ini yang melibatkan seorang Pengasas Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA) Kuala Selangor menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab meminta pinjaman wang dengan menggunakan gambarnya sebagai profil di aplikasi WhatsApp.

Shahril Hussein, 40, berkata, kejadian kira-kira pada jam 2 petang pada Rabu itu berlaku tiga kali dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku apabila dia menerima mesej daripada aplikasi WhatsApp yang menyamar kononnya seorang kenalan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk meminjam wang sebanyak RM3,800.

“Saya pelik sebab biasanya rakan tidak pernah pula meminjam wang daripada saya sebelum mengesyaki ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya kemudian hubungi rakan saya dan dia menafikan ada meminta pinjaman wang menggunakan nombor telefon lain dan memaklumkan ketika itu dia berada di Meru, Klang,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis (hari ini).

Katanya, bimbang dengan taktik penipuan itu, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang pada jam 5 petang.

“Saya meminta pihak polis menyiasat kejadian ini dan berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan profil saya untuk mendapatkan wang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply