Dua Orang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Dua Motosikal | KUANTAN – Dua lelaki maut manakakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di sini hari ini.

dua moto

Hilang Kawalan Sebelum Langgar Motosikal

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 iaitu Azrul Hakimi Rashid,18, dan Muhammad Rusdy Thaqif Reduan,18 manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC pula mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Dibawa Ke Hospital Yang Sama

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh ke kanan dan semasa kejadian cuaca adalah baik serta permukaan jalan kering.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kemungkinan disebabkan kecuaian penunggang motosikal jenis Honda ANF 125 yang mengekori rapat sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha 135 LC,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pembantu Kedai Maut Dlm Kemalangan Dua Motosikal, Cuba Elak Pemotong Rumput

Pembantu Kedai Maut Dlm Kemalangan Dua Motosikal Cuba Elak Pemotong Rumput | MELAKA: Pembantu kedai makan maut, manakala seorang pelajar Tingkatan 4 cedera dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam.

motosikal bertembung

Mangsa yang maut adalah penunggang motosikal Honda RS150, Muhammad Yusri Akbar, 18, dari Lorong Anggerik 7, Jalan Bukit Kecil, Pernu, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit, berkata siasatan awal mendapati kemalangan jam 4.45 petang berlaku ketika seorang lagi mangsa berusia 16 tahun yang menunggang Modenas Kriss cuba mengelak pemotong rumput di tepi jalan itu.

Ternampak Pemotong Rumput

“Ketika kejadian pelajar terbabit dari arah rumah kedai menghala ke sekolah sebelum ternampak pemotong rumput di tepi sebelah kiri jalan.

“Mangsa mengelak ke kanan jalan hingga berlanggar dengan motosikal Honda RS 150 ditunggangi remaja 18 tahun itu,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, perlanggaran itu menyebabkan Muhammad Yusri maut di tempat kejadian manakala pelajar terbabit cedera di tangan kiri.

“Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

BACA JUGA :

Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja

Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja | Seorang pendawai elektrik maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Butut, pukul 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa Daniel Azim Abu Bakar, 21, disahkan maut pada pukul 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dalam perjalanan dari Kampung Padang Setengga ke tempat kerja di Binjai Rendah, Marang.

Langgar Kereta Yang Keluar Simpang

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa melangggar sebuah Perodua Axia yang keluar dari simpang.

“Pemandu kereta itu seorang wanita berusia 42 tahun ingin membelok kanan untuk ke kedai runcit miliknya di Kampung Butut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kaki kiri dan kanan manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply