Pelajar Tingkatan 3 Mati Mengejut Selepas Jalani Kelas PJPK | MANJUNG: Polis daerah Manjung sedang menyiasat kematian mengejut seorang pelajar Tingkatan Tiga ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seri Manjung, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, pelajar berkenaan pengsan sewaktu kelas subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Jumaat lalu, sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan jam 4.38 petang semalam.

Keadaan tidak sihat sebelum meninggal

Katanya, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan dengan pihak sekolah mendapati pelajar berkenaan hadir ke sekolah pada Jumaat lalu dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki selain berjalan dengan bantuan tongkat.

“Pihak sekolah menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu bagi memaklumkan keadaan pelajar itu sebelum ibu bapanya datang ke sekolah dan memutuskan membawanya pulang ke rumah.

“Setelah melihat keadaan pelajar itu masih berada dalam keadaan tidak sihat, ibu bapa membawa anak mereka ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan terus dipindahkan ke ICU jam 10.10 malam.

“Bagaimanapun, pada 12.06 tengah malam Sabtu, pihak hospital memaklumkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia di bilik ICU Hospital Seri Manjung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Punca kematian kerana darah beku tersumbat

Menurutnya, pegawai perubatan hospital mengesahkan punca kematian pelajar berkenaan adalah ‘Alute massive pulmonary embolism’ atau darah beku tersumbat di paru-paru.

Bagaimanapun Mohamed Nordin ketika dihubungi pagi ini menafikan kemungkinan kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes buli.

“Ekoran daripada kejadian ini, pihak polis membuka satu kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Lelaki Misteri Mati Mengejut, Polis Hanya Temui Barang Peribadi. Seorang lelaki dianggar berusia 20-an ditemui mati di Sri Gohtong Apartment. Mangsa ditemui oleh polis tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Baca seterusnya.

GOMBAK – Seorang lelaki dianggar berusia 20-an ditemui mati di Sri Gohtong Apartment, Medan Batu Caves, Selayang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil semakan pada rakaman kamera litar tertutup di lokasi mendapati simati telah jatuh dari bangunan tersebut pada jam 1.46 petang.

Setakat ini polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Polis hanya menjumpai barang-barang peribadi milik simati iaitu satu unit telefon bimbit jenis Vivo, berwarna biru dan satu unit fon telinga, satu cermin mata berwarna hitam dalam keadaan yang telah rosak/pecah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Polis juga menerima satu dompet dan serangkai kunci motorsikal yang diserahkan oleh orang awam disyaki milik simati yang dijumpai di tangga Blok B, Tingkat 8 di kawasan kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan keatas dompet simati menjumpai wang tunai berjumlah RM639 dan satu tangkal kain, warna kuning yang mempunyai tulisan bahasa Cina.

Kes diklasifikasi sebagai Kes Mati Mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Insp Mohd Hafiz Bin Wahad @ Ahmad (Ketua Polis Balai Selayang) ditalian 017-6885458.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil semakan pada rakaman kamera litar tertutup di lokasi mendapati simati telah jatuh dari bangunan tersebut pada jam 1.46 petang.

Setakat ini polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

Polis hanya menjumpai barang-barang peribadi milik simati iaitu satu unit telefon bimbit jenis Vivo, berwarna biru dan satu unit fon telinga, satu cermin mata berwarna hitam dalam keadaan yang telah rosak/pecah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Polis juga menerima satu dompet dan serangkai kunci motorsikal yang diserahkan oleh orang awam disyaki milik simati yang dijumpai di tangga Blok B, Tingkat 8 di kawasan kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan keatas dompet simati menjumpai wang tunai berjumlah RM639 dan satu tangkal kain, warna kuning yang mempunyai tulisan bahasa Cina.

Sumber: MG

Share.

Leave A Reply