Pembantu Kedai Maut Dlm Kemalangan Dua Motosikal Cuba Elak Pemotong Rumput | MELAKA: Pembantu kedai makan maut, manakala seorang pelajar Tingkatan 4 cedera dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam.

motosikal bertembung

Mangsa yang maut adalah penunggang motosikal Honda RS150, Muhammad Yusri Akbar, 18, dari Lorong Anggerik 7, Jalan Bukit Kecil, Pernu, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit, berkata siasatan awal mendapati kemalangan jam 4.45 petang berlaku ketika seorang lagi mangsa berusia 16 tahun yang menunggang Modenas Kriss cuba mengelak pemotong rumput di tepi jalan itu.

Ternampak Pemotong Rumput

“Ketika kejadian pelajar terbabit dari arah rumah kedai menghala ke sekolah sebelum ternampak pemotong rumput di tepi sebelah kiri jalan.

“Mangsa mengelak ke kanan jalan hingga berlanggar dengan motosikal Honda RS 150 ditunggangi remaja 18 tahun itu,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, perlanggaran itu menyebabkan Muhammad Yusri maut di tempat kejadian manakala pelajar terbabit cedera di tangan kiri.

“Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja

Seorang Pendawai Elektrik Maut Kemalangan Dgn Kereta Semasa Pergi Kerja | Seorang pendawai elektrik maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Butut, pukul 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, mangsa Daniel Azim Abu Bakar, 21, disahkan maut pada pukul 9.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki dalam perjalanan dari Kampung Padang Setengga ke tempat kerja di Binjai Rendah, Marang.

Langgar Kereta Yang Keluar Simpang

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa melangggar sebuah Perodua Axia yang keluar dari simpang.

“Pemandu kereta itu seorang wanita berusia 42 tahun ingin membelok kanan untuk ke kedai runcit miliknya di Kampung Butut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kaki kiri dan kanan manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

BACA JUGA:

[VIDEO] Seorang Pemuda Orang Asli M4ut, Motosikal Bertembung Kereta

Seorang Pemuda Orang Asli M4ut, Motosikal Bertembung Kereta| Seorang pemuda Orang Asli maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di jalan menghala Felda Lui Selatan di sini pada Ahad.

motosika bertembung kereta

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu menyebabkan Den Jahoring, 25, yang bekerja di kilang perabot maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah rumahnya,Kampung Sungai Sampo menghala ke Seremban, manakala kereta berkenaan menghala ke Felda Lui Selatan.

Mangsa Cuba Potong Kereta Di Depan

“Sebaik sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang memotong kenderaan di hadapannya, tidak sempat elak kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta luka di bahagian kepala.

Polis Masih Siasat

“Pemandu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol dan proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada Isnin.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis daerah Jempol untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply