Kereta Terbalik Selepas Langgar Tayar Belakang Kereta Lain Di Plaza Tol | SHAH ALAM: Sebuah kereta terbalik selepas melanggar tayar belakang kenderaan lain dalam kemalangan di Plaza Tol Setia Alam berdekatan Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini, semalam.

kereta terbalik

Ubah Haluan Sebelum Langgar

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang bagaimanapun pemandu kedua-dua kenderaan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaaan.

“Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Honda City dipandu seorang wanita berumur 36 tahun sedang mengubah haluan sebelum melanggar tayar belakang kenderaan jenis Subaru ketika melalui plaza tol berkenaan.

Kereta Terbabas Sebelum Terbalik

“Honda City itu dipercayai terbabas sebelum terbalik. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu itu termasuk pemandu Subaru iaitu wanita berusia 33 tahun sudah membuat laporan berkaitan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini.

Sumber : BuletinTV3

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Cuba Larikan Diri Dari Polis, Kereta Pengedar Dadah Terbabas Masuk Tali Air

Cuba Larikan Diri Dari Polis, Kereta Pengedar Dadah Terbabas Masuk Tali Air | PENDANG – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup polis selepas kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar, dekat sini pada petang Isnin.

Polis Terus Kejar Suspek

Suspek berusia awal 30-an itu sebelum itu cuba melarikan diri selepas terserempak dengan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang di kawasan tepi jalan Kampung Batu Menunggul, dekat sini pada jam 6.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superitendan Arriz Sham Hamezah, pasukan polis yang menjalankan tugas Op Tapis Khas Kontinjen Kedah 2.0 kemudiannya terus mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Kereta hilang kawalan

“Sebaik sahaja sampai di persimpangan tiga jalan mini tar Kampung Alor Besar, kereta suspek telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air Kampung Alor Besar.

“Pasukan Polis terus bertindak dengan turun dari kenderaan yang dinaiki dan masuk ke dalam tali air tersebut untuk mengeluarkan suspek yang masih berada dalam keretanya.

“Setelah berjaya membawa suspek dengan selamat ke atas tebing tanah dan pemeriksaan terhadap suspek dapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang undang. Pemeriksaan fizikal juga dapati suspek tidak mempunyai sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas Arriz Sham, suspek telah dibawa ke IPD Pendang untuk tindakan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu merupakan seorang pengedar dadah yang aktif di kawasan daerah Pendang sejak setahun yang lalu.

“Suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985),” ujar beliau lagi.

Sumber : KMN

 

BACA JUGA :

Kereta Terbabas Berpusing Rempuh Trak Pikap, Seorang Lelaki Cedera Parah

RAWANG – Seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah patah kaki selepas berdepan detik cemas terbabas dan berpusing melanggar sebuah trak pikap di Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum susur keluar Lembah Beringin, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.48 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza dipandu seorang lelaki tempatan dipercayai terbabas dan berpusing melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dinaiki seorang lelaki tempatan.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa pemandu Toyota Avanza berusia berusia 47 tahun telah tersepit di bahagian hadapan pemandu, manakala pemandu Hilux berusia 45 tahun tidak mengalami kecederaan.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba pada pukul 8.53 pagi menggunakan peralatan khas dan telah mengalami kecederaan parah patah kaki serta bahagian bahu kiri.

“Sejurus itu, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Slim River menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply