Batal Perkahwinan, Wanita Jual Cincin Untuk Bantu Jiran Susah | JAKARTA – Seorang wanita yang membatalkan perkahwinannya bertindak menjual cincin pertunangannya, lalu menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan asas dan diberikan kepada jiran yang kurang berkemampuan, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian itu diceritakannya menerusi ciapan di akaun Twitter bernama @FOOD_FESS.

Menurut wanita tersebut, dia memutuskan tali pertunangan kerana bekas tunangnya berlaku curang dan ditangkap bersekedudukan dengan wanita lain.

“Pernikahan dibatalkan kerana lelaki itu ditangkap tidur dengan perempuan lain. Akhirnya, saya jual cincin pertunangan kami.

“Saya menggunakan wang itu untuk membeli barangan keperluan asas dan mengagihkannya kepada jiran yang kurang berkemampuan. Doakan kami,’’ tulis wanita tersebut.

Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan mengenai tindakan wanita berkenaan.

‘’Alhamdulillah, Allah tunjukkan kebenaran sebelum berkahwin,’’ tulis seorang netizen.

‘’Semoga dia bertemu dengan lelaki soleh yang sesuai untuknya,’’ tambah netizen lain.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply