Batal Pernikahan Gara-Gara Lupa Bawa Mas Kahwin

| January 16, 2021 | 0 Comments

Batal Pernikahan Gara-Gara Lupa Bawa Mas Kahwin | Jakarta – Impian sepasang kekasih di Jawa Barat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian gara-gara pengantin lelaki terlupa membawa mas kahwin.

Menurut laporan Suara.com hari ini, video pasangan pengantin dari Bandar Bekasi itu tular di akaun Facebook Official Trans7 sejak kelmarin.

Menurut persetujuan kedua-dua belah pihak, pengantin lelaki berjanji membawa mas kahwin berupa emas seberat 10 gram dan sejumlah wang tunai.

Namun ketika pasangan itu sudah bersiap sedia di hadapan jurunikah, dua perkara itu tidak disertakan sekali.

“Lelaki ini berjanji memberikan mas kahwin berupa emas seberat 10 gram kepada bakal isterinya. Sekarang kami sudah malu jadi batalkan sahaja pernikahan ini,” kata Tinggal, bapa pengantin perempuan.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Dewi pula hanya menurut arahan keluarganya dan setuju pernikahan tidak diteruskan.

“Tidak mengapa, batalkan sahaja,” katanya.

Kekecohan yang timbul akibat pertengkaran dua buah keluarga itu berjaya dileraikan apabila pihak polis tiba di lokasi perkahwinan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *