“Bawak Baby Tidur Atas Katil, Suami Macam Tak Suka…” Isteri Buntu Dengan Sikap Suami | Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara suami dan isteri yang tidak akan lari diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, setiap pasangan perlu sabar menempuhinya bersama bagi memastikan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.
Seperti luahan seorang wanita menerusi page Kisah Rumah Tangga di laman Facebook, tampil menceritakan perangai suaminya yang dikatakan tidak bertanggungjawab kepada anak mereka sendiri. Lebih menyakitkan hati, si suami seolah mementingkan diri sendiri.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan pada waktu siang anaknya akan dijaga oleh ibu mentua berikutan mereka tinggal bersama.
Wanita ini turut akui berasa penat dengan situasi yang dihadapinya dan sama sekali tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Ujarnya lagi, apa yang bermain di fikirannya hanyalah perkataan ‘cerai’ dan ingin membawa anaknya pulang ke kampung sebagai solusi namun, disebabkan anak tersayang dia terpaksa kuat.
Pada masa yang sama, wanita tabah ini mengaku berasa cemburu dengan pasangan yang lain di mana si suami mampu untuk menjaga anak bersama-sama bermula dari tempoh mengandung hinggalah selamat melahirkan cahaya mata.
Perkongsian wanita ini meraih pelbagai respon daripada netizen yang memintanya supaya meluahkan segala apa yang terpendam kepada suaminya.
Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan supaya dia terus cekal mendepani hari-hari yang mendatang dalam membesarkan anak tersayang.
Sumber : KRT, Oh Bulan