Bayi 4 Bulan Maut Dir0goI Sepupu Sendiri Umur 30 Tahun. KEJAM. | Kejadian di India. Seorang bayi umur 4 bulan maut selepas dir0goI oleh sepupu sendiri yang berumur 30 tahun. Kejamnya. Baca selanjutnya.
Pemangsa Minta Kebenaran Bawa Bayi Jalan-Jalan
Menurut laporan Mirror UK, seorang kanak-kanak berusia empat bulan maut didakwa dirogol oleh sepupunya yang berusia 30 tahun. Kejadian itu berlaku di sebuah majlis perkahwinan keluarga di Daudnager, India.
Berdasarkan laporan daripada keluarga mangsa, sepupunya itu meminta untuk kebenaran untuk membawa anak mereka keluar berjalan-jalan.
Namun, ibu mangsa mula sedar selepas dua jam mereka keluar tidak kembali semula di lokasi majlis perkahwinan tersebut. Dikatakan seluruh keluarga dan tetamu bekerjasama mencari mangsa.
Bagaimanapun, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan di lokasi majlis perkahwinan berlangsung. Mereka bergegas ke hospital berdekatan dan doktor mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia.
Suspek melarikan diri sejurus melakukan perbuatan tidak bertanggungawab tersebut namun, dia berjaya ditangkap oleh polis pada keesokkan harinya.
Bapa kepada bayi tersebut memfailkan saman dakwaan bahawa anak sedaranya telah merogol dan membunuh anaknya. Ujian bedah siasat akan dilakukan segera untuk mengeal pasti punca sebenar kematian bayi tersebut.
Sumber: Mirror.UK via Siakapkeli