Rumah Anak Yatim Di Jakarta Dedah SESUATU Tentang Arwah Ashraf Sinclair | Baru ni ramai terkejut bila mendengar berita artis Malaysia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Seorang ustaz dari sebuah rumah anak yatim di Jakarta dedah sesuatu tentang beliau. Allahu. Baca selanjutnya.

Kita Baik Ramai Sayang

Dalam diam rupanya arwah Ashraf Sinclair sebenarnya seorang pelakon yang sangat pemurah dan dermawan ketika dia masih hidup sebelum ini. Arwah Ashraf juga banyak memberikan sumbangan kepada rumah anak yatim.

Semalam, ramai yang merasa kehilangan di atas pemergian Arwah yang telah menggemparkan rakyat Malaysia dan Indonesia.

Perkara itu bukanlah dibuat-buat dan ianya telah pun didedahkan sendiri oleh H Ahmad Habib, pengurus Yayasan Piatu Daarul Rahman di Jakarta yang Allahyarham merupakan penderma tetap yayasan tersebut.

Arwah juga dikatakan kerap datang ke situ dan setiap kali semasa dia datang, tak pernah lupa untuk memberikan sumbangan.

Dua bulan sebelum tarikh arwah meninggal adalah kali terakhir dirinya pergi ke yayasan tersebut dan ketika itu, dia nampak sihat jer. Penghuni yayasan di situ rasa kehilangan atas pemergian arwah disebabkan arwah kerap datang ke sana.

Arwah pergi terlalu mudah dan cepat, hampir kesemua penghuni yayasan tersebut masih lagi tak percaya yang Ashraf sudah pun pergi.

Ashraf dikatakan seorang yang peramah dan rajin menegur sapa serta seorang yang baik hati. Orang baik, pergi pun cara baik. Kita buat baik, ramai yang ingat dan sayang.

SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, AMIN!

Sumber: Oh Media

Share.

Leave A Reply