Nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui tanpa kepala di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad yang lalu selepas dipercayai digigit oleh seekor anjing.
Memetik laporan media tempatan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak ‘berkepala’ oleh seorang penduduk kampung, Yosafa.
Menurut saksi, mayat mangsa telah diheret oleh seekor anjing dan sehingga kini kepalanya masih belum dijumpai.
Ketika kejadian berlaku, Yosafa berada di rumah sewanya sebelum melihat seekor anjing datang membawa mayat bayi lelaki.
“Awalnya saya sangka anjing itu bawa anak patung. Bila saya tengok lebih dekat rupa-rupanya mayat”, katanya.
Susulan itu, pemuda ini tampil membuat laporan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.
Ketika dijumpai mayat bayi lelaki itu masih bertali pusat namun kepalanya dipercayai digigit oleh anjing.
Pihak polis percaya bayi tersebut adalah hasil sumbang mahram daripada pasangan tidak bertanggungjawab sehingga mereka bertindak membuang bayi tersebut ke sebuah tempat yang jauh dari kawasan perumahan.
“Kami sedang menyiasat termasuk siapa pelakunya”, katanya.
Sumber: OhBulan