Seorang wanita vegetarian di Amerika Syarikat didapati bersalah selepas menyebabkan anak lelakinya yang berusia 18 bulan mati kelaparan.

Bayi MAUT Selepas Hanya Diberi Makan Sayur Dan Buah. Ini Yang Berlaku

Wanita itu hanya memberi anaknya makan sayur dan buah mentah, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Sheila O’Leary, 39, disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu.

Menurut akhbar Fort Myers News Press, Sheila disabit dengan pertuduhan penderaan kanak-kanak dalam kematian Ezra O’Leary pada September 2019.

Berat Ezra hanya 7.7 kilogram (kg), 3.18 kg kurang daripada purata berat usianya ketika ibu bapanya mendapati mangsa telah berhenti bernafas.

“Anak ini tidak makan. Dia dipaksa berlapar selama 18 bulan,” kata ketua unit mangsa khas di Pejabat Peguam Negara, Francine Donnorummo.

Sheila dan suaminya, Ryan O’Leary memberitahu polis bahawa Ezra mengamalkan diet vegetarian yang ketat, namun masih diberi susu.

Mangsa tidak makan selama kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia dan mengalami kesukaran tidur.

Tertuduh telah membuat pilihan yang membunuh anaknya.

Malah, kebanggaannya menjadi vegetarian menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Tambah Donnorummo lagi, ia adalah sikap cuai untuk nyawa manusia.

Laporan bedah siasat mendapati Ezra meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan.

Pendakwa raya menyatakan, Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya apabila menyedari bayi itu sakit.

Selepas mangsa meninggal dunia, pasangan itu juga mengabaikan tiga anak mereka yang lain yang berumur bawah 11 tahun.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply