Beberapa Pengumuman Penting Akan Diberitahu Pada Sidang Media Petang Ini – KJ | Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa beberapa pengumuman penting akan dibuat pada sidang media pukul 5 petang hari ini.

Menurutnya, sidang media itu juga adalah untuk memberi kemas kini terbaru mengenai varian Omicron yang melanda Malaysia ketika ini.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semalam, sebanyak 10,089 kes baharu COVID-19 telah dicatatkan dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.
Susulan pertambahan kes itu, Khairy menerusi kirimannya di Twitter semalam berkata Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya dan menggesa orang ramai termasuk warga emas untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak.
Menerusi ciapan itu juga, Khairy turut berkata kes berkemungkinan akan mencecah ke angka 15,000 tidak lama lagi.
Beberapa pengumuman penting pada PC jam 1700hrs hari ini.
Some key Omicron updates at my weekly PC 1700hrs today. pic.twitter.com/onDvF7ZL2U— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 7, 2022
Sumber : SK