Benarkan 150,000 Jalani Umrah,Solat Di Masjidil Haram Ketika Ramadhan |Tatkala tahun lepas sunyi tanpa kemeriahan orang ramai yang mengerjakan umrah dan solat di Masjidil Haram yang  disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang menyerang. Namun, hal yang pada bulan Ramadhan kali ini kerajaan Arab Saudi telah membenarkan sejumlah orang untuk mula mengerjakan umrah dan solat di Masjidil Haram.

Riyadh: Seramai hampir 15o,000 orang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah umrah atau solat secara harian di Masjidil Haram pada bulan Ramadhan ini , bermula minggu depan.

Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, berkata sehingga jumlah 100,000 dibenarkan untuk solat di Masjidil Haram. Manakala sebanyak 50,000 orang lagi dibenarkan mengerjakan umrah.

Hal ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kapasiti operasi di masjid berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Bimbingan dan Dakwah menyatakan bahawa kebenaran mengerjakan umrah akan diberikan kepada jemaah yang berusia 65 tahun ke atas yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Ketus Umum Dua Masjid Suci, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais berkata. Syarat untuk memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah adalah dengan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Abdullatif Al-Asheikh pada Selasa mengeluarkan arahan. Supaya mengambil langkah berjaga-jaga untk mencegah penuluran wabak COVID-19 pada bulan Ramadhan.

“Majlis berbuka puasa, sahur dan iktikaf dalam masjid ketika Ramadhan akan ditangguhkan, manakala jumlah lokasi untuk solat sunat Aidilfitri akan diperluas.

“Perkara berkaitan mengadakan solat terawih dan qiyam di masjid pula akan diumumkan kemudian,”katanya.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr. Abdel Fattah Mashat, berkata kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Perlu mengemukakan pemohonan permit melalui aplikasi Tawakkalna dan bukannya menggunakan aplikasi Eatmarna.

“Terdapat kemas kini dlam tempoh beberapa hari akan datang bagi penyediaan permit itu.

“Permit akan diedarkan pada setiap minggu ketika bulan Ramadhan untuk jemaah umrah,”katanya.

Arab Saudi pada Selasa lalu melaporkan sebanyak 792 kes baharu COVID-19. Menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 394,169 kes.

Setakat ini dilaporkan terdapat seramai 6,686 kes aktif dengan 846 daripadanya dilaporkan kritikal.

Wilayah Riyadh melaporkan jumlah kes jngkitan baharu tertinggi iaitu sebanyak 363 kes. Diikuti Mekkah iaitu 154 kes dan Wilayah Utara dengan kes sebanyak 112.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply