Hobi Ternak Kambing Bertukar Jadi Punca Pendapatan

| April 6, 2021 | 0 Comments

Hobi ternak kambing bertukar jadi punca pendapatan | Siapa sangka pekerjaan yang dikatakan hanya hobi semata-mata telah bertukar menjadi punca pendapatan yang tetap. Begitu juga dengan percubaan oleh dua pemuda di Kampung Melayu, Pontian Besar yang menternak kambing sebagai hobi telah membuahkan hasil apabila kini menjadi pendapatan utama mereka.

Hobi ternak kambing bertukar jadi punca pendapatan

Pemuda yang bernama Irwan Shah Salleh 30, dan Nur Khairul Azam, 28, kini telah memiliki ladang ternakan sendiri yang dikenali sebagai Mexico Farm seluas 1.6 hektar di atas tanah milik datuknya.

Menurut Irwan Shah, mereka bermula dengan menternak tiga ekor kambing sahaja sebagai peermulaan sebelum mereka membuka ladang ternakan sehingga dia sanggup berhenti kerja sebagai pegawai penyiasat insuran di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Irwan berkata, pada mulanya dia pulang ke kampung halaman pada 2016 untuk menjaga ibunya yang kurang sihat selepas lapan tahun dia merantau sejak berusia 18 tahun dengan pendapatan RM5,000 sebulan. Sepanjang tempoh itu juga dia telah melakukan pelbagai pekerjaan sebelum memasang niat untuk mula menternak kambing pada tahun lepas bersama rakannya, Khairul Azam.

Tambahnya, pekerjaan mereka menternak kambing itu dibantu oleh bapa saudaranya, Mustafa Robani, 54, yang telah memberikan modal sebnayak RM60,000 kepada mereka untuk membersihkan belukar dan membina kandang kambing.

Menurut Irwan Shah, selepas setahun dia menternak kambing, dia kini mempunyai 42 ekor kambing yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu jenis boer, jamnapari, biri-biri dan saanen.

Jelasnya, mereka juga menghasilkan produk tenusu iaitu produk susu kambing segar selain daripada mereka menjual daging kambing. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menyediakan kambing untuk sesiapa yang ingin melakukan majlis akikah dan keraian.

Ujar Iwan Shah, perancangan mereka ialah untuk membesarkan lagi ladang dan menambah bilangan ternakan sehingga mencecah 200 ekor kambing. Selain aktiviti penternakan kambing, mereka juga turut melakukan aktiviti menjaring ikan atau udang menggunakan bot ekoran ladang mereka yang berdekatan dengan Sungai Pontian Besar.

Mereka berhasrat untuk menjadikan tempat itu sebagai pusat aktiviti ekopelancongan termasuk ingin membangunkan sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang berasaskan daging kambing segar dari ladang.

Sumber : Kosmo

 

Tags:

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *