Benarkan Penjawat Awam Bersara Usia 40. Ini Antara Kebaikannya. | KUALA LUMPUR: Penjawat awam sepatutnya dibenarkan memilih bersara pada usia 40 tahun demi memberi peluang kepada mereka menceburi bidang lain walaupun tidak akan menikmati kadar bayaran pencen tinggi, cadang Johari Abdul (PH- Sungai Petani).

Benarkan Penjawat Awam Bersara Usia 40. Ini Antara Kebaikannya.

Katanya, beliau percaya banyak penjawat awam mahu memilih bersara awal, justeru memberi ruang menceburi kerjaya profesional, membuka perniagaan atau terjun ke lapangan politik.

“Ini memberi peluang untuk mereka tidak berada dalam perkhidmatan bagi tempoh lama.

“Manfaat lain kesan daripada bersara awal ini juga mampu membantu golongan belia negara ini menyertai perkhidmatan awam dengan mengisi kekosongan mereka,” katanya selepas membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Johari turut mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula program khidmat negara yang dilaksanakan selama dua tahun demi melatih rakyat mempertahankan negara sebagai askar.

“Latihan khidmat negara bukan perkara baharu kerana negara seperti Singapura, Taiwan, dan Jepun juga melaksanakan program sama.

“Ia tidak langsung menyemai kesatuan pelbagai kaum dalam kalangan belia yang dipisahkan dengan aliran persekolahan berbeza ketika belajar,” katanya.

Katanya, program itu boleh membantu belia menghindari gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah.

Malaysia pernah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, bermula 2002-2018. Bagaimanapun, program itu dihentikan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, susulan langkah berjimat.

Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin sebelum ini oleh Muhyiddin Yassin, mencadangkan pengenalan semua program itu, namun dikritik ramai pemegang taruh, yang menyatakan kos pelaksanaan terlalu tinggi, yang mana hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply