Baru-baru ini, seramai 22 pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur.
Lebih menarik lagi, mereka saling tidak mengenali pasangan masing-masing ketika dinikahkan.
Ketua sekolah pondok tersebut, Syaiful Bakri memberikan kenyataan tentang kejadian itu.
Katanya, setiap lima tahun sekali acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin itu akan dilakukan.
Kebanyakan pengantin merupakan pelajar perempuan dan lelaki di sekolah pondok berkenaan.
Mereka yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga.
Mereka akan dinikahkan kemudian hanya bertemu dengan pasangan masing-masing selepas selesai ijab kabul.
Menurut laporan Antara, hal ini tidak menimbulkan masalah kerana setiap pengantin sudah bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang dijadikan suami mereka.
Jelasnya, ini merupakan pernikahan kali ketujuh yang pernah dilaksanakan di sekolah pondok tersebut.
Selepas bernikah, mereka dan pasangan masing-masing akan ditempatkan di cawangan sekolah pondok di beberapa daerah lain bagi membantu operasi.
Kira-kira 250 pasangan pengantin sudah dinikahkan sejak majlis perkahwinan beramai-ramai itu diadakan.
Mereka juga tidak dipaksa untuk berkahwin dengan rakan mereka di sekolah pondok atau pun orang luar.
Jika ada yang mahu berkahwin dengan orang luar, mereka akan merujuk kepada penjaga di sekolah pondok dan mendapatkan nasihat.
Sumber: Utusan Malaysia