Bermula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI

| July 17, 2021 | 0 Comments

Bermula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI | Mulai hari ini sehingga 21 Julai 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat larangan pergerakan merentas negeri bagi yang menggunakan kelulusan dokumen atau surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Berula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang rentas Negeri Guna Surat MITI

Sejak dua hari yang lepas, pihak polis telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya. Rentetan dari perkara tersebut, PDRM mengambil keputusan untuk melarang individu yang ingin merentas negeri menggunakan surat MITI.

Perkara tersebut berkuatkuasa pada semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempdan-sempadan negeri.

Namun begitu, larangan ini tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis, urusan kesihatan dan juga perjalanan bagi tujuan vaksinasi.

Pihak yang didapati melanggar larangan ini akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan untuk bersama memainkan peranan bagi membendung penularan wabak ini dan tidak mengulangi kesilapan yang lalu iaitu semasa perayaan Aidlifitri yang lepas.

Berula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang rentas Negeri Guna Surat MITI

Berula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang rentas Negeri Guna Surat MITI

Sumber : Polis Diraja Malaysia

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *