Besar Dan Seram. Gambar Ini Jadi Viral Di Media Sosial. | Laman media sosial menjadi gempar, apabila sekeping gambar kelawar gergasi bersaiz badan manusia tular dan menjadi bualan hangat warganet.

Perkongsian pertama gambar itu dipercayai dari seorang pengguna Twitter dari Filipina, @AlexJoestar622 yang memaklumkan haiwan itu datang dari spesies Giant Golden Crowned Flying Fox.

Ramai memberikan maklum balas mereka tidak mengetahui kewujudan mamalia itu sebelum itu.

Perkongsian berkenaan meraih 103,000 ulang ciap, lebih 260,000 tanda suka dan ribuan komen.

Ramai juga warganet memberi maklumat tentang mamalia itu dan cuba menjelaskan keraguan orang ramai.

Pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan kelawar itu spesies dari Filipina.

“Saya boleh sahkan, haiwan jenis ini mempunyai sayap lebar tetapi badannya tidak begitu besar, lebih kurang macam saiz anjing.

“Kelawar ini hanya makan buah-buahan terutama jambu. Mereka juga tidak ganas,” katanya seperti dipetik portal Gulf News.

Giant golden-crowned flying fox juga dikenali sebagai kelawar Golden-capped Fruit adalah spesies kelawar gergasi yang berasal dari Filipina.

Haiwan berkenaan adalah spesies terancam akibat penebangan hutan dan aktiviti pemburuan haram.

Sumber : Mymetro

Share.

Leave A Reply