Pepero Homemade Sedap Tau!

| June 30, 2020 | 0 Comments

Pepero Homemade Sedap Tau! | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik dan sentiasa ceria. Okay harini saya nak post satu resepi menarik juga la. Resepi yang saya nak kongsikan kepada anda semua adalah resepi Pepero  tapi ini buat sendiri tau. Siapa kata kita tak boleh buat. Semua orang boleh buat. Buat sendiri lagi sedap sebab memenuhi citarasa kita dan juga kanak-kanak terutamanya sangat menyukai pepero. Kalau pepero ni kita guna cara lain. Kita kulit popia je tau lagi rangup. Jadi tanpa membuang masa dan duit anda, marilah kita tinjau resepi tersebut dahulu.

 

Bahan-bahan

– 1 pek kulit popiah bersaiz kecil
– 1 pek cokelat semi-sweet
– 1 pek cokelat putih
– 1 pek kecil biscut oreo (krim dibuang, biskut dicincang halus)
– 100 gram almond nibs
– Sprinkles warna-warni (apa-apa toppings kesukaan anda!)

Cara

1. Gulungkan 1 keping kulit popiah menggunakan batang lidi. Pastikan gulungan anda ketat. Gunakan air sebagai glue untuk melekatkan tepi kulit popiah.

2. Bekukan kesemua batang kulit popiah selama 1 jam.

3. Panaskan minyak dan gorengkan batang kulit popiah menggunakan api perlahan, sehingga warna bertukar menjadi keperangan.

4. Dalam periuk asing, panaskan air dan cairkan cokelat menggunakan teknik double-boiler.

5. Salutkan biskut kulit popiah dengan cokelat yang telah dicairkan dan taburkan topping kesukaan anda. Sejukkan biskut pepero homemade pada suhu bilik untuk seketika.

6. Homemade Pepero sudahpun siap untuk dinikmati!

Kredit : Resepi Seismik Makan

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *