Bodoh Sombong Punca Ibu Menganiaya Anak | Dear readers, Assalamualaikum. Terima kasih kerana mahu membaca. Semoga dapat kita ambil pengajaran daripada kisah benar ini. Mohon doa anda andai terdetik rasa simpati anda pada si dia.
Sejak kecil dia dianiaya dan tak dilindungi oleh ibu bapanya daripada
sebarang peniayaan. Seorang anak bongsu yang sering jadi bahan dengki
adik-beradik.
Dan bukan ibunya tidak tahu, tapi ibunya mentulikan telinganya. Lebih
sanggup melabelkan anak bongsunya lemah dan mengada-ngada berbanding
menghukum dan menasihati yang salah.
Ya, dia tidak mendidik anak-anak tirinya yang mengganggu keselesaan
anaknya bahkan dia juga tidak endah.
Si bapa pula pilih kasih. Sudahlah mementingkan orang luar lebih sampai
kurang masa dengan keluarga, kemudian pilih kasih pula. Si bongsu
tertekan dan sedih tak dihirau sesiapa.
Dia direndah-rendahkan juga didengki. Bapanya bergaji, tapi sibuk
membelanja kawan-kawan makan sampai anak yang bekerja dengannya tidak
diberi gaji, bahkan anak bongsunya pakaian yang penting dan asas juga
tidak diendahkan.
Dibiarkan anak bongsunya bersekolah rendah di sekolah yang jauh hanya
kerana dia bergaduh dengan tetangga yang ada kaitan dengan sekolah
tersebut atau rumah tetangga tersebut sangat dekat dengan sekolah tersebut.
Anak bongsunya tak pernah dia ambil tahu pergi sekolah macam mana, duit
tambang cukup atau tidak.
Hendak bersekolah asrama, tapi ditolak mentah-mentah dan dihalang tanpa
sebab munasabah. Diberikan alasan sedangkan alasan itu semuanya ada
jalan keluar.
Mereka rasakan tak penting kerana itu tak pernah nak bertanya orang lain
tentang cara masuk asrama.
Dirasakan anak itu menyusahkan namun, simpan anak itu dirumah dan
disuruhnya kahwin muda kerana mendakwa anaknya belajar tak pandai.
Itulah secara ringkas kehidupan anak bongsu ini pada zaman TV masih lagi
hitam putih.
Maaf ku katakan, anak-anaknya yang pandai menjadi pandai setelah keluar
daripada rumah untuk hidup sendiri.
Si bongsu ialah perempuan, jadi dia tidak berani. Pergi balik sekolah
saja beberapa kali diganggu dan pernah diragut. Hendak tinggal bersama
opah, ibunya melarang keras.
Sudah dewasa, dia masih sayang dan tinggal dengan ibu bapanya walaupun
masih tidak berubah banyak sikap mereka.
Dia pernah difitnah, dikata, diumpat, direndah-rendahkan dan macam-macam
tapi orang tuanya tak kisah.
Kadang ditambah dengan kata-kata yang menyakitkan hati seperti mengiakan
kata-kata orang terutamanya yang berharta.
Dia juga kadang menambah lagi mengikut keb*d*han masing-masing. Apa
maksudnya?
Contoh, kamu mengadu pada ibu yang kawan kamu tak amanah menceritakan
rahsia kamu pada orang lain dengan tokok tambah, lalu ibu kamu mengiakan
dengan buta tuli dihadapan kamu dan ditambah nada seperti memadankan muka.
Walaupun perkara tak benar, tapi memberi kepuasan agaknya. Pagi petang
solat dan rajin beribadat, tapi si ibu tidak bermuhasabah diri cermin
kesalahan.
Hanya cermin kesempurnaan dan seolah-olah malu bila dipuji tapi bila
dikeji, cepat melenting dan pulang buah keras terhadap orang yang
bercakap tu.
Ceramah di TV cepat-cepat ditukar atas alasan speaker itu
menakut-nakutkan, info sudah tahu, tak best dan lain-lain.
Kadang-kadang tabiat tanpa sedar, bila azan di TV, cepat-cepat
diperlahankan hingga ke 0. Bila kembali kepada drama, dikuatkan
sekuat-kuatnya.
Nak ke masjid, sakit kaki mendahului segala alasan. Bercerita simpati
tentang sakitnya punca dia tak dapat ke surau atau masjid.
Kalau dia pergi ke surau, sudah pasti dia bukanlah orang pertama yang
sakit kaki datang ke surau. Yang lebih parah dari dia juga ada datang
berjemaah tarawikh setiap tahun.
Si bongsu menjaga makan, minum dan sakit orang tuanya tapi tak pernah
dihargai malah dibuat main. Si bongsu risau akan kesihatan orang tuanya
sampaikan kadang terlalu kurang gajinya untuk membayar komitmen.
Dia tidak meminta-minta. Menghabiskan masa untuk menjaga, tak lena tidur
sehingga beberapa minggu bila ibunya terkena serangan jantung yang
tiba-tiba dan teruk, tiada siapa menghulur untuknya.
Bahkan si ibu juga tak kisah. Tak dihulur dan tak pula memudahakan
urusannya untuk menjaga. Ucapan terima kasih atau hadiah perhargaan,
jauh sekali. Tiada anak yang offer untuk jaga melainkan si bongsu yang
miskin ini.
Yang lain bersimpati dan hanya menghulurkan duit untuk rawatan walau
berapa banyak pun. Ada pula anak kesayang, jarang sekali menelefon. Si
ibu yang menelefonnya dengan nada kasih dan sayang. Si bongsu redha,
ikhlas, berusaha dan berdoa.
Tapi usaha murninya tak dihargai sebetulnya. Sekejap sahaja ibunya
berkelakuan baik berlemah lembut dengan si bongsu iaitu sepanjang sakit
sehingga habis lalu setelah mendapatkan kembali kudrat,
Dia tidak lagi hirau menjaga kesihatan malah diselitkan herdik untuk
anaknya itu.
Bila si bongsu marah agar ibu menjaga kesihatan, memakan ubat
betul-betul dan sebagainya, dibuat main-main.
Sebelum jumpa perawat tradisional, si ibu sangat risau tetapi setelah
berkenalan dengan perawat tradisional islam, dia tak berapa hirau
berpantang kerana baginya, ada tempat bergantung yang lebih mudah dan
tidak menakutkan seperti hospital.
Boleh ubat macam-macam jenis penyakit. Dia lebih sanggup mengeluarkan
kos untuk pergi kerap berbanding berpantang dan jaga kesihatan.
Akhirnya, si bongsu kelihatan sungguh buruk perangai di hadapan ramai
orang kerana ketegasannya terhadap kesihatan ibunya.
Namun, ada pula si ibu talam dua muka menyebabkan orang lebih salah
faham terhadap si bongsu. Terkadang, ia dapat juga menimbulkan fitnah
tak bersuara.
Maaf aku katakan, manusia jahil mampu menjadi bias tanpa sebab sehingga
tanpa sedar menganiaya orang lain dan tidak langsung membela keadilan.
Bagaimana hendak bela, dia sendiri tidak faham erti keadilan dan dia
sendiri tak mampu kawal bias dalam dirinya.
Dia melihat orang lain lebih buruk sikap menyebabkan dia merasakan
kesalahan dirinya kecil. Lebih banyak jasa daripada kesalahan.
Nasihatku untuk para ibu, ikhlaslah jaga dan terima anak. Didik dan jaga
sebaiknya dengan penuh kasih sayang. Jangan pernah mendoakan yang
buruk-buruk walaupun hanya saja-saja.
Doa ibu itu makbul. Mencarut pun jangan. Itu hanya akan memberi
keburukan padanya dalam keadaan sedar atau tidak.
Jangan pula terlalu memanjakan sehingga anak tidak pandai hidup sendiri,
tidak pandai menjaga adab atau tidak tahu membezakan baik buruk sendiri.
Pupuklah sebaiknya kerana inilah khalifah yang akan dilepaskan dari
jagaan untuk berjuang satu hari nanti. Kalau diajar buruk, mungkin
buruklah perjuangannya nanti.
Andai diajar dengan penuh hikmah, berhikmah lah hidupnya nanti. Anak
harus dijaga dan dipupuk untuk dia mampu berdiri ddengan teguh, bukan
bergantung.
Elaklah menjadi ibu bapa seperti diatas. Kelak dah tua, untung kalau ada
anak nak jaga. Kalau tiada, anda rasa bagaimana?
Terima Kasih. Wasalam.
– Tunggal (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions