Kumpulan BTS yang berjaya mencipta fenomena seantero dunia, mengumumkan mereka akan berehat seketika daripada aktiviti seni berkumpulan bagi memberi fokus kepada projek solo masing-masing.

BTS Umum Mahu 'Berehat', Bukan Berpecah. Ini PENJELASAN Mereka

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak merujuk kepada tindakan untuk berpecah selain memberi jaminan bahawa mereka akan kembali bersama menghasilkan lagu kelak.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh mereka dalam sebuah video di Youtube.

Video itu memaparkan ketujuh-tujuh anggota kumpulan ini sedang berbincang mengenai harapan mereka sebagai sebuah kumpulan dan juga artis solo.

Menerusi video berdurasi satu jam itu, anggotanya, V, memberitahu dan memberi jaminan kepada peminat-peminat bahawa mereka tidak akan berpecah.

Tetapi, mereka mahu cuba mencuri sedikit masa untuk memberi tumpuan dalam kerjaya solo masing-masing.

Selain V, Jungkook juga berkata mereka telah berjanji akan kembali sebagai sebuah kumpulan untuk projek bersama suatu hari.

Malah, dia turut meminta peminat-peminat supaya memahami keputusan yang diambil oleh mereka.

Difahamkan, pengumuman itu muncul selepas J-Hope diumumkan sebagai artis barisan hadapan Festival Lollapalooza Chicago yang akan diadakan pada Julai ini.

Manakala, Jung Kook pula mengumumkan kelahiran single solonya yang berjudul My You pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, berita mengenai hasrat BTS untuk berehat ini bukanlah pertama kali berlaku.

Difahamkan, sejak tahun 2019, ia pernah terjadi sebanyak tiga kali.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply