Seorang isteri di Jambi, tidak menyangka dia sebenarnya berkahwin dengan seorang wanita selepas 10 bulan mereka berumah tangga.
Menurut Detiknews, selama perkahwinan mereka, wanita itu tidak pernah menyangka ‘suaminya’ itu adalah seorang wanita.
Mendedahkan perkara itu di mahkamah, wanita itu tidak pernah mengesyaki ‘suaminya’ itu adalah seorang perempuan.
Pada awalnya, ‘suaminya’ mengaku bekerja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung kes ‘suaminya’ yang didakwa kerana pemalsuan berhubung kelayakan sebagai guru.
Menurut wanita itu, dia berkenalan dengan ‘suaminya’ yang menggunakan nama Ahnaf Arrafif, menerusi satu aplikasi janji temu.
Katanya, ketika itu, dia berpenampilan seperti lelaki dan tinggal di wilayah Lahat, Sumatera Selatan.
Perkenalan dengan individu yang nama asalnya itu adalah Erayani, terlampau singkat, iaitu hanya dua minggu.
Erayani kemudian sempat tinggal selama seminggu di rumah bakal isterinya itu di Jambi.
Selama tinggal di rumah wanita itu, Erayani, dikatakan bersikap baik dan mengaku bekerja sebagai doktor.
Selain itu, dia turut membantu merawat orang tua wanita terbabit yang ketika itu sedang sakit.
‘Lelaki’ itu kemudian mengajaknya berkahwin dan perkahwinan mendapat restu daripada orang tua wanita itu dan keluarga angkat ‘suami’.
Mereka dinikahkan dengan wali hakim berikutan ayah wanita itu dalam keadaan sakit serta dalam masa yang sama, ibunya juga sakit.
Selama beberapa bulan berkahwin, wanita itu juga sering bertanya asal usul ‘suaminya’ itu, namun ‘lelaki’ itu tidak pernah terjawab.
Wanita itu juga mengaku tidak pernah bertemu keluarga kandung ‘suaminya’.
Pada Disember 2021, dia hanya dibawa ke Lahat bagi menemui ibu bapa angkat kepada ‘suaminya’ itu.
Selepas empat bulan berkahwin, ibu kepada wanita berkenaan mulai curiga dengan menantunya yang tidak pernah membuka baju di depan orang.
Selama berkahwin, wanita terbabit juga mengakui belum pernah melihat alat kelamin suaminya.
‘Lelaki’ itu juga pernah mengaku kepada isterinya bahawa dia memiliki hormon berlainan menyebabkan benjolan di bahagian dada yang sebenarnya itu adalah payudara.
Bagaimanapun, rahsia Eriyani terbongkar selepas ibu kepada wanita berkenaan memaksa ‘lelaki itu’ membuktikan jantinanya.
Susulan kejadian itu, ibu wanita berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Harian Metro