Budak 8 Tahun Terjatuh & Terperangkap Dalam Telaga 122 Meter | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan terjatuh ke dalam telaga sedalam 400 kaki (122 meter) ketika sedang bermain di padang di daerah Betul, Madhya Pradesh pada Selasa lepas, lapor India Tv.

Anil Soni, anggota polis Aathner, berkata bahawa insiden berkenaan berlaku sekitar jam 5 petang di kampung Mandavi.

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Tanmay Diwayar, dikatakan bermain di padang sebelum dia terjatuh ke dalam telaga yang baru digali baru-baru ini.

Operasi menyelamat telah dimulakan dan jengkaut telah dibawa masuk untuk kerja-kerja menggali kawasan itu.

Bekalan oksigen juga telah diaturkan bagi memastikan kanak-kanak tersebut dapat bertahan sementara operasi menyelamat dilakukan.

Menurut Soni, Pasukan Tindakan Bencana Negeri (SDRF) yang terlibat dalam operasi yang bermula sekitar jam 2.30 pagi itu adalah dari Bhopal dan Hoshangabad.

Shyamendra Jayaswal, Majistret Daerah (ADM) berkata operasi menyelamat telah dijalankan selepas kami menerima laporan, usaha untuk membawa kanak-kanak itu sedang dilakukan.

Beliau berkata lagi bahawa pada jam 2.30 pagi, SDRF, pasukan penyelamat serta polis tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, ia mungkin mengambil masa selama dua hingga tiga jam.

Beliau juga memaklumkan bahawa kanak-kanak itu mungkin tidak sedarkan diri kerana berada dalam keadaan yang lemah, lapor Hindustan Times.

Sementara itu, Ketua Menteri, Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan berkata bahawa dia akan memberi perkembangan mengenai operasi berkenaan dari minit ke minit.

Ketua Menteri menyatakan dalam satu ciapan di Twitter bahawa insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terjatuh ke dalam telaga di kampung Mandvi di Betul sangat menyedihkan. Saya mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu. Saya berdoa agar operasi tersebut berjalan dengan lancar.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Pelancong Korea Jatuh Di Air Terjun Telaga Tujuh

Pelancong Korea Jatuh Di Air Terjun Telaga Tujuh | Seorang lelaki warga Korea Selatan, terjatuh ketika melakukan aktiviti rekreasi di Air Terjun Telaga Tujuh di sini, hari ini, 17 Oktober 2022. Ini telah berlaku selepas kejadian 44 pendaki terperangkap semalam di tempat yang sama.

Kemalangan ini berlaku kira-kira pada jam 12.30 tengah hari. Mangsanya, bernama Hyun Seung yang berumur 52 tahun, telah dilaporkan bahawa mangsa terjatuh dari puncak Air Terjun Telaga Tujuh di Gunung Mat Chinchang dan mengalami kecederaan pada bahagian tulang belakang dan serviks.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi, Sallehuddin Darawi berkata mereka mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 12.59 tengah hari. Beliau juga memberitahu bahawa mereka mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak yang dianggarkan jarak dari kaki Gunung Mat Chinchang ke puncak air terjun adalah kira-kira 90 meter.

Sayani Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, menyatakan bahawa mangsa dipercayai sedang mandi di kawasan air terjun berkenaan sebelum dikatakan hilang imbangan dan terjatuh.Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi digerakkan ke lokasi tersebut.

Sayani berkata anggota yang tiba di lokasi kemudian memberi rawatan awal kepada mangsa, sebelum dia dibawa turun ke tempat selamat menggunakan pengusung pada jam 2.54 petang.

Beliau juga menyatakan bahawa mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil setakat ini.

Oleh itu, kira-kira pada jam 10 pagi semalam, seramai 44 pendaki termasuk tiga malim gunung terperangkap selepas berlaku fenomena kepala air dan arus deras di kawasan air terjun berkenaan.

Kumpulan pendaki tersebut berusia antara 30 hingga 50-an terbabit melakukan aktiviti pendakian bermula jam 4 pagi sebelum hujan lebat melanda menyebabkan mereka berhadapan kesukaran turun ke kaki gunung berkenaan.

Namun, bomba dapat menyelamatkan mereka semua dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Share.

Leave A Reply