Budak Lelaki Tertelan 52 Biji Bebola Magnet M@ut | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut akibat menelan lebih 50 biji bola magnet mainan.
Menurut Daily Star, insiden itu telah menyebabkan dia terpaksa menjalani satu pembedahan kecemasan untuk mengeluarkannya, lapor Daily Star.
Difahamkan Jule Foley mula mengalami sakit perut pada Ogos lalu dan doktor menyatakan bahawa sakit yang dialaminya tidak begitu serius.
Namun begitu, apabila kesakitannya semakin teruk, ibunya, Lyndsey Foley memutuskan untuk membawanya ke A&E di Hospital Putera Charles di Merthyr Tydfil.
Pemeriksaan fizikal dan darah tidak menunjukkan apa-apa yang bermasalah, tetapi selepas X-ray dilakukan, doktor yang merawatnya terkejut.
Wales Online melaporkan bahawa objek seperti rantai leher dapat dilihat dengan jelas di dalam perut kanak-kanak itu melalui imbasan X-ray.
Susulan daripada itu, Jude dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Noah’s Ark of Wales di Cardiff untuk menjalani pembedahan mengeluarkan objek tersebut dengan selamat.
Lyndsey berkata, dia takut kehilangan anaknya (Jude), mujurlah dia dibedah pada malam itu kerana ia boleh membawa maut. Mereka tidak menjangka sesuatu yang teruk akan berlaku akibat mainan kanak-kanak.
Memetik Daily Star, doktor terpaksa memotong usus Jude pada lima bahagian di mana bebola magnet tersebut tersekat.
Mereka juga terpaksa mengeluarkan apendiksnya kerana salah satu magnet telah bergabung dengan usus Jude.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama tujuh jam, doktor berkata bahawa Jude sangat bernasib baik kerana tiada kerosakan jangka masa panjang.
Lynsdey menasihati kepada golongan ibu bapa supaya tidak membelikan anak-anak mereka mainan tersebut sewaktu Krismas dan meminta membuangkan bebola magnet itu sekiranya ada di dalam rumah.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Pasangan Kembar 11 Tahun Ditemui Mati Dalam Longkang Di Taman Permainan
Pasangan Kembar 11 Tahun Ditemui Mati Dalam Longkang Di Taman Permainan | Sepasang kembar lelaki berusia 11 tahun telah ditemui mati di Taman Permainan Greenridge Crescent di Toh Yi, Upper Bukit Timah, pada Jumaat malam (21 Jan).
Pihak polis menerima panggilan dari seorang lelaki yang meminta bantuan di sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, pada Jumaat sekitar 6.25 petang, menurut satu kenyataan polis pada Sabtu (22 Jan).
Setibanya polis di tempat kejadian, kededua anak kepada lelaki itu, ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri berdekatan dengan taman permainan serta diisytiharkan sudah meninggal dunia oleh paramedik.
Siasatan polis mengenai kes kematian tidak semula jadi kededua budak lelaki itu, masih berjalan.
Sekitar 4 petang, beberapa orang, termasuk teman kepada keluarga dua budak lelaki itu kelihatan sedang melakukan upacara keagamaan di sekitar longkang yang berdekatan.
Semasa ditemui Berita Harian, rakan keluarga mangsa, Encik Fong dari syarikat Singapore Yin Feng Shui Funeral Services (bertongkat dan berjaket hitam) telah mengesahkan bahawa keluarga mangsa telah mengarahkan syarikatnya untuk melakukan upacara keagamaan itu.
Dalam pada itu, sekitar tengah hari tadi, terdapat dua kenderaan polis di sekitar Greenridge Crescent manakala pegawai berpakaian biasa kelihatan sedang berbual-bual dengan penduduk di sekitar estet Eng Kong.
Pegawai polis dari Kontinjen Gurkha pula dilihat sedang berjalan di longkang berdekatan dan kawasan hutan di belakang taman permainan.
Sumber: Berita Harian Singapura
Budak Perempuan Dua Tahun Ditemui Bersendirian Di Taman Permainan
Budak Perempuan Dua Tahun Ditemui Bersendirian Di Taman Permainan | Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan berseorangan diri di satu taman permainan di Sungai Petani. Taman permainan itu terletak di Taman Sinar Intan. Namun kanak-kanak itu telah berjaya diserahkan kembali kepada ibu kandungnya selepas dua jam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kanak-kanak itu ditemui orang awam pada jam 10.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada kepada Pasukan Sukarela CRSM Sungai Petani dan dihantar ke Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
kanak-kanak itu diserahkan kepada ibunya semula di Balai Polis Sungai Petani pada jam 12.45 petang.
Berdasarkan hasil temubual bersama ibu kandung kanak-kanak itu, didapati wanita berusia 30 tahun itu telah meninggalkan anaknya kepada jirannya buat seketika pada jam 9.30 pagi kerana dia ingin ke pekan untuk membeli barang.
Kanak-kanak itu dipercayai telah keluar dari rumah jirannya tanpa disedari untuk bermain berseorang diri di taman permainan yang terletak 80 meter dari rumah jirannya itu.
Adzli dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa dia telah menerima panggilan telefon daripada rakannya bahawa anaknya telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Petani oleh orang awam. Dengan itu dia terus bergegas ke sana untuk mengambil anaknya kembali.
Tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan perkara ini.
Sumber: Harian Metro