Budak Perempuan Dua Tahun Ditemui Bersendirian Di Taman Permainan | Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan berseorangan diri di satu taman permainan di Sungai Petani. Taman permainan itu terletak di Taman Sinar Intan. Namun kanak-kanak itu telah berjaya diserahkan kembali kepada ibu kandungnya selepas dua jam.

Budak Perempuan Dua Tahun Ditemui Bersendirian Di Taman Permainan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kanak-kanak itu ditemui orang awam pada jam 10.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada kepada Pasukan Sukarela CRSM Sungai Petani dan dihantar ke Balai Polis Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

kanak-kanak itu diserahkan kepada ibunya semula di Balai Polis Sungai Petani pada jam 12.45 petang.

Berdasarkan hasil temubual bersama ibu kandung kanak-kanak itu, didapati wanita berusia 30 tahun itu telah meninggalkan anaknya kepada jirannya buat seketika pada jam 9.30 pagi kerana dia ingin ke pekan untuk membeli barang.

Kanak-kanak itu dipercayai telah keluar dari rumah jirannya tanpa disedari untuk bermain berseorang diri di taman permainan yang terletak 80 meter dari rumah jirannya itu.

Adzli dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa dia telah menerima panggilan telefon daripada rakannya bahawa anaknya telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Petani oleh orang awam. Dengan itu dia terus bergegas ke sana untuk mengambil anaknya kembali.

Tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan perkara ini.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply