Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Bukan Isteri Yang Tak Subur | Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession ini tersiar. Sepertimana tajuk di atas, akak rasa terpanggil untuk menulis setelah membaca luahan dari confessor yang bertajuk “Suamiku Azoospermia” berkaitan dengan suaminya yang bermasalah.

Nama akak, Suri. Tahun ni usia akak 39 tahun dan suami 5 tahun lebih tua
dari akak. Sudah berkahwin selama 18 tahun dan punya seorang anak
perempuan berusia 16 tahun. Ye. Dah besar panjang pun.

Suami anak tunggal dalam keluarganya dan atas alasan itulah akak seolah2
dipaksa untuk melahirkan zuriat lelaki bagi meneruskan legasi ‘wali’
keluarga mertua.

Sejak dari awal perkahwinan memang kami tiada masalah dalam menjalankan
tanggungjawab batin. Biasa lah tipikal orang sekeliling, dah ada anak
sorang kena dapat lagi baby boy. Itu la ayat yang seringkali di ulang2
sampaikan akak naik muak untuk menjawabnya.

Sama macam apa yang adik confessor ni lalui, siap sentuh2 perut n bagi
macam2 tips untuk akak ‘lekat’ lagi. End up akak cuma balas “in sha
Allah.. Doakan ye..”

Apa yang buat akak rasa untuk share kat sini adalah, yang bermasalah in
sha Allah bukan akak. Ye. Allah dah izinkan akak untuk bergelar ibu pun.

Masalah berpunca dari suami selepas beberapa tahun anak kami lahir,
suami disahkan menghidap darah tinggi dan kencing manis kronik. Belum
tahap insulin tapi tetap kena ambil ubat mengikut aturan.

Apa kaitannya dengan cerita akak ni adalah oleh kerana disebabkan
penyakit yang suami alami, dia tak mampu untuk menafkahi akak dengan
sempurna.

Ye, dalam erti kata lain suami tak mampu untuk perform macam sebelumnya.
Bertahun2 tidur kami tanpa bersentuhan. Seboleh2 nya dia akan mengelak
dari tidur sekatil dan ini berlarutan hinggalah anak kami menginjak dewasa.

Akak faham. Mungkin asbab ego seorang lelaki dia bertingkah begitu.
Kadang2, depan khalayak akak turut disindir suami bila hal ini
dibualkan. Walaupun dalam nada gurau, akak tak sanggup untuk menyatakan
hal yang sebenar. Aib suami aib akak jugak walaupun dia tak fikir begitu.

Akak redha walaupun kecewa dalam hati. Mungkin ini ujian yang Allah beri
untuk menguatkan lagi kasih sayang kami. Usaha akak untuk bantu dia dan
usaha dia untuk pulih semula memang ada.

Kerana ego lelaki, suami agak susah untuk berbincang soal ini. Apa lagi
untuk bersesi ‘pillow talk’. Walau bagaimanapun, akak tau dia memang
sangat menjaga perihat ubat2an yang perlu diambil dengan saranan doktor.
Tak pernah putus. Akak tahu dia berusaha untuk pulih.

Untuk akak, memang tak pernah pun akak suarakan masalah ni waima dengan
siapa pun. Akak cuma ada dia untuk mengadu. Aku percaya setiap yang
berlaku adalah percaturan darinya.

Zikir akak untuk suami tak pernah lupa. Setiap kalinya akan akak niat
dan qasadkan dalam hati untuk kesembuhan dia bilamana akak menyebut

Ya Salam (Yang maha menyembuh)

Ya Muhyi (Yang maha menghidupkan)

Ya Barii’ (Yang maha menjadikan)

Ya Mateen (Yang maha teguh)

Mohon dengan sebenar2nya untuk kesembuhan suami dan jalan keluar dari
masalah kami. In sha Allah.

Alhamdulillah, kini dia semakin sembuh. Walaupun masih ada pertanyaan
‘bila lagi nak menambah?’ tapi akak benar2 gembira dan bersyukur.

Walaupun jauh kemungkinan untuk akak mengandung semula, sekurang2nya
akak dah dapat suami akak kembali. Dia dah pulih sepenuhnya.

Soal untuk peluang dapat anak lelaki atau tak akak serahkan pada dia.
Syukur yang teramat sangat. Sesungguhnya dia yang maha menyembuhkan.
Walaupun penyakit suami masih ada, Allah dah tunjukkan kebesarannya.

Pengajaran bagi akak sendiri, ujian Allah tu takkan sama kpd hambanya.
Berusahalah selagi mampu. Jaga aib suami selagi boleh. Yang Allah nak
tengok, niat n hati kita dengan Dia. Jangan pernah putus harapan.

Untuk adik confessor, akak doakan adik dipermudahkan jalan untuk
menimang zuriat sendiri. In sha Allah, adik tak keseorangan. Ramai lagi
yang diuji lebih hebat dari kita.

InnaAllaha maas sobirin..

– Suri (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply