Contoh Surat Aduan Gangguan Lalu Lintas di Sekolah [Khalifah Media Networks].

Surat aduan gangguan lalu lintas di sekolah merupakan surat rasmi yang dikemukakan kepada pihak berkuasa seperti majlis perbandaran atau jabatan pengangkutan untuk menyuarakan kebimbangan tentang masalah lalu lintas yang berlaku di sekitar kawasan sekolah. Aduan ini sering kali dibuat oleh ibu bapa, penjaga, atau wakil sekolah yang ingin menjaga keselamatan murid-murid, guru, dan pengguna jalan raya yang lain. Masalah lalu lintas yang tidak terkawal boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar, khususnya ketika mereka sedang melintas jalan di hadapan sekolah. Artikel ini juga disertakan dengan contoh surat aduan gangguan lalu lintas di sekolah.

surat aduan gangguan lalu lintas di hadapan sekolah

PENERANGAN

Gangguan lalu lintas ini lazimnya berpunca daripada jumlah kenderaan yang tinggi, kawasan parkir yang tidak teratur, kekurangan lintasan pejalan kaki, dan ketiadaan papan tanda yang sesuai di kawasan sekolah. Keadaan lalu lintas yang sesak pada waktu puncak – seperti semasa pelajar datang atau pulang dari sekolah – menimbulkan risiko kemalangan, menambah kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak. Dalam surat ini, pihak pengadu memohon agar tindakan segera diambil untuk mengawal keadaan dan memastikan keselamatan murid-murid serta pengguna jalan yang lain.

 

CONTOH SURAT ADUAN GANGGUAN LALU LINTAS DI SEKOLAH 

[Nama]
[Alamat]

[Tarikh]

Pengarah,
[Nama Pihak yang Dituju]
[Alamat Pihak yang Dituju]

Tuan/Puan,

[Tajuk]

Dengan hormat, saya [Nama Pengadu], wakil ibu bapa murid [Nama Sekolah], ingin membuat aduan mengenai [masalah yang dihadapi]. Keadaan [terangkan masalah secara ringkas] amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja mengganggu [aspek yang terganggu], tetapi turut mengancam keselamatan [mangsa atau pihak yang terlibat].

Masalah ini semakin teruk apabila [terangkan lebih lanjut mengenai masalah tersebut]. [Sebutkan faktor atau keadaan yang menyebabkan masalah lebih rumit]. Keadaan ini juga menyukarkan [pengguna jalan, pelajar, atau pihak lain yang terjejas].

Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan/puan mengambil tindakan segera seperti [cadangan atau tindakan yang diharapkan]. Kerjasama pihak tuan/puan dalam menangani isu ini amat dihargai demi [tujuan atau keselamatan yang dimahukan].

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Pengadu]

 

Berikut adalah contoh surat tersebut:

surat aduan ganggu lintas di sekolah

 

Lain – lain artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Rayuan Pengurangan Denda Trafik

Contoh Surat Aduan Perkhidmatan Bas Sekolah 

Share.

Leave A Reply