Contoh Surat Aduan Perkhidmatan Bas Sekolah. [Khalifah Media Networks].
Surat aduan perkhidmatan bas sekolah adalah surat rasmi yang ditulis oleh ibu bapa atau penjaga untuk maklum pihak sekolah tentang masalah dengan perkhidmatan bas sekolah. Masalah seperti pemandu bas tidak tepati masa, bas dalam keadaan tidak selamat, atau sikap pemandu yang tidak baik. Tujuan utama surat ini adalah untuk pastikan perkhidmatan bas untuk pelajar berada dalam keadaan baik dan selamat. Surat ini juga memberi peluang untuk memperbaiki perkhidmatan mereka demi keselamatan pelajar. Artikel ini turut disertakan dengan contoh surat aduan perkhidmatan bas sekolah.
PENERANGAN
CONTOH SURAT ADUAN PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH
Nama Pengirim
[Alamat Pengirim]
[Tarikh]
Kepada,
Pengurus Perkhidmatan Bas Sekolah,
[Nama Sekolah/Organisasi].
Tuan/Puan,
Aduan Mengenai Perkhidmatan Bas Sekolah
Saya, [Nama Pengirim], ibu/bapa/penjaga kepada [Nama Pelajar] yang bersekolah di [Nama Sekolah], ingin membuat aduan tentang perkhidmatan bas sekolah yang digunakan oleh anak saya. Baru-baru ini, saya perasan masalah yang membimbangkan tentang perkhidmatan bas ini.
Pertama, saya dapati bas sering tiba lewat untuk mengambil pelajar dari rumah ke sekolah. Ini menyebabkan anak saya selalu lewat sampai ke sekolah. Sebagai contoh, pada [nyatakan tarikh], bas tiba hampir 30 minit lewat dari waktu yang sepatutnya. Waktu belajar anak saya dan juga pelajar lain juga terganggu kerana bergantung kepada bas ini.
Selain itu, saya bimbang dengan keadaan bas yang tidak dibaiki dengan baik. Ada kerosakan pada kerusi, tingkap yang tidak boleh ditutup dengan baik, dan penghawa dingin yang tidak berfungsi. Ini menimbulkan kebimbang an tentang keselamatan pelajar untuk pulang ke rumah.
Tambahan pula, saya risau tentang sikap pemandu bas yang tidak profesional. Didapati pemandu memandu dengan laju walaupun ada pelajar di dalam bas. Ini membahayakan keselamatan mereka. Anak saya juga maklum bahawa pemandu tidak bersikap sopan ketika berkomunikasi dengan pelajar.
Oleh itu, saya harap pihak tuan/puan dapat ambil langkah segera untuk betulkan keadaan ini. Saya mencadangkan agar bas diselenggara dengan lebih baik, pemandu diberi latihan tentang keselamatan dan cara berkomunikasi dengan baik, serta jadual bas dipatuhi. Keselamatan pelajar harus diutamakan, dan saya percaya pihak tuan/puan akan ambil langkah untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya sedia memberi kerjasama dan harap masalah ini dapat di atasi dengan segera. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan/puan.
Yang benar,
[Tandatangan]
[Nama Pengirim]
Dibawah disertakan contoh surat aduan perkhidmatan bas sekolah:
KESIMPULAN
Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda: