Contoh Surat Permohonan Mengadakan Program Kesedaran Kesihatan [Khalifah Media Networks]
Surat permohonan ini ditulis untuk memohon izin dari pihak berkuasa yang relevan, seperti Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Pendidikan, bagi menjalankan program kesedaran kesihatan. Surat ini dihantar oleh pihak sekolah kepada Pengarah Kesihatan untuk dapatkan permohonan melaksanakan program itu. Di dalam artikel ini juga disertakan contoh untuk membuat surat permohonan mengadakan program kesedaran kesihatan.
KEPENTINGAN SURAT PERMOHONAN
Surat permohonan adalah alat penting supaya program yang akan dibuat mematuhi undang-undang apabila melibatkan institusi kerajaan. Dengan membuat surat ini, penganjur dapat pastikan semua langkah diambil dengan betul dan mengikut peraturan bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul. Surat ini juga memberikan butiran yang jelas tentang program seperti tarikh, tujuan, dan butiran, yang bantu untuk menilai sama ada program ini sesuai dan memberi manfaat.
Selain itu, surat permohonan juga membuka peluang untuk bekerjasama dengan pihak luar seperti hospital, klinik, atau jabatan kesihatan. Kerjasama ini penting untuk kejayaan program kerana penganjur boleh dapatkan sokongan dalam bentuk sumber. Surat ini juga digunakan sebagai dokumen rasmi untuk rekod. Ia dijadikan sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat. Dengan butiran yang lengkap, semua langkah dalam proses permohonan program dapat dijalankan dengan baik.
KOMPONEN UTAMA SURAT PERMOHONAN
Terdapat elemen penting dalam menulis surat ini, seperti alamat pengirim dan penerima ditulis di atas surat untuk kenal pasti siapa yang menghantar dan siapa yang menerima surat ini. Subjek surat adalah tujuan surat dengan jelas, iaitu memohon untuk mengadakan program kesedaran kesihatan. Isi surat menjelaskan tujuan program, tarikh pelaksanaan, dan objektif yang ingin dicapai. Sebagai contoh, surat itu mungkin memberitahu bahawa sekolah ingin mengadakan program untuk manfaat kesihatan pelajar dari segi fizikal dan mental. Penutup surat ditulis berkaitan dengan harapan pihak penganjur untuk dapatkan kelulusan dari pihak berkuasa.
Berikut adalah contoh untuk membuat surat permohonan mengadakan program kesedaran kesihatan:
[Nama Pengirim]
[Alamat Pengirim]
[No. Telefon Pengirim]
[Tarikh]
Kepada,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan [Nama Sekolah],
[Alamat Sekolah].
Tuan/Puan,
Permohonan Mengadakan Program Kesedaran Kesihatan
Dengan segala hormatnya, saya, [Nama Pengirim], selaku [Jawatan atau Penyelaras] di [Nama Organisasi/Sekolah], ingin memohon kebenaran dan kerjasama pihak sekolah untuk mengadakan Program Kesedaran Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan [Nama Sekolah]. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat penting mengenai kesihatan fizikal dan mental kepada pelajar-pelajar sekolah.
Kami bercadang untuk melaksanakan program ini pada [nyatakan tarikh cadangan] dengan aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, dan sesi kaunseling berkaitan gaya hidup sihat. Kami percaya program ini dapat membantu meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
Oleh itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan sokongan penuh bagi menjayakan program ini. Jika ada sebarang maklumat tambahan yang diperlukan atau sebarang pertanyaan, saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan.
Yang benar,
[Nama Pengirim]
[Nombor Telefon]
CONTOH SURAT
Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:
Contoh Surat Pengesahan Kehadiran Program Seminar Kepimpinan Pelajar.