Contoh Surat untuk Masuk Semula ke Sekolah Rendah [Khalifah Media Networks]

Surat rayuan untuk masuk semula ke sekolah rendah adalah satu dokumen rasmi yang ditulis oleh pelajar atau ibu bapa bagi memohon supaya pelajar yang telah diberhentikan, diberi peluang kedua untuk kembali pelajar. Tujuan utama surat ini adalah untuk membuat rayuan atas kesalahan yang telah dibuat oleh pelajar dan memberi jaminan kepada pihak sekolah bahawa pelajar akan memperbaiki tingkah laku mereka dan tidak akan membuat kesalahan itu pada masa akan datang.  Di dalam artikel ini disertakan contoh membuat surat rayuan untuk masuk semula ke sekolah rendah.

rayuan masuk semula ke sekolah rendah

 

KENAPA SURAT RAYUAN DIPERLUKAN

Sebagai seorang pelajar, kita sering membuat kesilapan yang kita tidak sedar seperti masalah disiplin dan pengaruh kawan. Namun, pendidikan penting untuk masa depan. Surat rayuan ini memberi peluang kepada pelajar atau penjaga untuk memohon pertimbangan semula keputusan pemberhentian dan meminta peluang kedua.

Surat rayuan untuk masuk semula ke sekolah boleh dibuat menggunakan elemen penting yang boleh bantu pihak sekolah memahami situasi pelajar serta menunjukkan kesungguhan pelajar atau penjaga dalam merubah tingkah laku yang negatif. Berikut adalah elemen utama yang perlu ada dalam surat rayuan:

  1. Nama Pelajar dan Tingkatan: Perkenalkan diri pelajar dan tingkatan sebelum diberhentikan.
  2. Sebab Diberhentikan: Jelaskan dengan jelas sebab pelajar diberhentikan atau digantung persekolahan.
  3. Penjelasan Kesalahan: Terangkan kesalahan yang dilakukan, sama ada sengaja atau tidak, dan keadaan yang menyebabkan pelanggaran berlaku.
  4. Rasa Kesal: Nyatakan rasa kesal dan berjanji untuk tidak membuat kesilapan yang sama.
  5. Rayuan dan Jaminan: Merayu supaya diberi peluang kedua dan beri jaminan untuk berubah dan mematuhi peraturan.
  6. Ucapan Terima Kasih: Akhiri dengan ucapan terima kasih atas pertimbangan pihak sekolah.

 

Berikut adalah contoh membuat surat rayuan tersebut:

[Nama Pengirim]
[Alamat Pengirim]
[Nombor Telefon Pengirim]

[Tarikh]

Pengetua,
[Nama Sekolah],
[Alamat Sekolah]

Tuan/Puan,

Rayuan untuk Masuk Semula ke Sekolah Rendah

Dengan segala hormatnya, saya, [Nama Pengirim], ibu/bapa/penjaga kepada [Nama Pelajar], ingin membuat rayuan agar anak saya diterima masuk semula ke [Nama Sekolah]. Anak saya telah berhenti sekolah pada [nyatakan tarikh berhenti] atas sebab [nyatakan sebab].

Sekarang, keadaan telah kembali stabil, dan saya yakin bahawa anak saya bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, saya berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan rayuan ini dan memberikan peluang untuk anak saya belajar semula di sekolah. Saya amat menghargai segala bimbingan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah ini.

Selain itu, saya bersedia untuk memberikan sebarang maklumat tambahan atau dokumen sokongan yang diperlukan. Saya berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Pengirim]
[Nombor Telefon Pengirim]

 

surat rayuan masuk semula sekolah

 

Artikel-artikel yang menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Kebenaran Menggunakan Padang Sekolah untuk Aktiviti Sukan 

Contoh Surat Aduan Tentang Kemudahan Sekolah

Share.

Leave A Reply