Sebagai pekerja yang bekerja dengan majikan, semesti nya sedikit se banyak dapat mengajar tentang realiti alam pekerjaan. Namun, ingin bertukar haluan, mendapat tawaran bekerja di tempat lain ataupun persekitaran kepada flexible juga men jerumus pekerja untuk berhenti kerja. Dengan menulis surat kepada bos, ia dapat memberi imej yang baik kepada mengundurkan diri. Seseorang mungkin telah men dapat kerja baharu, ingin sambung study atau persekitaran yang toksik di tempat kerja semasa. Tetapi sebelum menghantar surat itu, diingatkan supaya berhati hati dan sopan apabila menulis surat.

Anda sebagai pekerja yang ingin berhenti kerja, sebelum anda memutuskan untuk berhenti sesuatu kerja, anda perlu membaca dan faham tentang terma dan syarat syarikat. Ia memberi tahu anda berapa banyak masa yang anda ada untuk memberi tahu bos anda bahawa anda ingin berhenti. Ia mungkin satu bulan, satu minggu, atau hanya satu hari. Apabila anda memutuskan untuk berhenti kerja, anda perlu menulis surat untuk memberi tahu bos anda. Adalah penting untuk berhati hati dengan perkataan yang anda gunakan. Berikut adalah format contoh menulis Surat Berhenti Kerja.

Surat Berhenti Kerja Dengan Notis Sebulan/Serta Merta

[Alamat Anda]
[Tarikh]
[Alamat Majikan]

Tuan/Puan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormat, saya ingin memberi tahu bahawa saya bercadang untuk berhenti dari jawatan saya sebagai [nyatakan jawatan] di syarikat ini. Saya memberi notis sebulan bermula dari tarikh surat ini, iaitu pada [nyatakan tarikh akhir bekerja].

Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan / puan kerana memberi saya peluang untuk bekerja di sini selama [nyatakan tempoh bekerja]. Dan jutaan terima kasih atas pengalaman yang saya dapat dan peluang untuk meningkatkan skill saya.

Sepanjang notis ini dikeluarkan saya akan bekerja seperti biasa, dan akan pasti kan semua tugasan saya dibuat sebaik mungkin untuk kelancaran kerja syarikat.

Sekiranya ada apa apa langkah yang perlu diambil bagi memudahkan proses pemindahan kerja saya, sila maklum kepada saya.

Sekali lagi, terima kasih atas segala galanya dan saya harap agar syarikat ini terus maju dan berjaya dalam masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

[Nama]

 


Lain lain artikel menarik dari kami :

Contoh Surat Pengesahan Pendapatan

Contoh Surat Permohonan Izin Untuk Perjalanan Luar Negara

 

Share.

Leave A Reply