Dalam dunia korporat, istilah “Surat Penamatan Perkhidmatan” sangat penting. Istilah Melayu ini disama erti kepada Surat Penamatan Kerja, dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh majikan untuk menyampaikan tamat kontrak pekerja dengan syarikat. Tindakan ini selalu diambil apabila pekerja gagal mencapai KPI atau apabila perlu nya untuk pengurangan tenaga kerja.
Sebab Sebab Ditamatkan Perkhidmatan
1. Penamatan kerja bukan lah satu keputusan yang mudah untuk dibuat, baik untuk majikan mahupun pekerja. Ia sebagai tamat nya hubungan professional dan boleh memberi kesan yang mendalam kepada kerjaya dan mata pencarian pekerja. Walau Bagaimanapun, dalam kes di mana pekerja gagal untuk memenuhi piawai prestasi yang diharap, Penamatan kontrak mungkin perlu dibuat untuk kekal kan momentum dan kecekapan sebuah organisasi.
2. Apabila menulis Surat Penamatan Perkhidmatan, adalah penting bagi majikan untuk ikuti kesemua prosedur yang betul untuk memastikan adil dan sahih dalam proses tamat nya kontrak. Ini ter masuk memberi alasan yang jelas dan khusus untuk Penamatan, membuat soal siasat yang lebih adil untuk mengumpul bukti, dan memberi pekerja peluang untuk men jawab dakwaan sebelum membuat kata putus.
3. Dalam kes di mana Pemberhentian adalah disebabkan oleh tenaga kerja perlu dikurangkan, majikan mesti patuh kepada undang undang dan peraturan buruh untuk memastikan proses itu dijalankan secara beretika dan Bertanggungjawab.
Ini mungkin melibatkan dari :-
i. Pemberian notis yang cukup.
ii. Gaji Pemberhentian Kerja
iii. Dan bantuan kepada pekerja yang terjejas dalam mencari peluang kerja baharu.
Contoh Surat Penamatan Perkhidmatan
Berikut adalah contoh Surat Penamatan Perkhidmatan untuk anda seperti di bawah :
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
[Tarikh]
[Tuan/Puan] [Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]
Tuan/Puan,
PENAMATAN PERKHIDMATAN
Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti sedia maklum, selepas pertimbangan dibuat dengan teliti, syarikat telah membuat keputusan untuk menamatkan khidmat Tuan / Puan berkuat kuasa pada [Tarikh Penamatan]. Keputusan ini diambil atas [nyatakan sebab Penamatan, sebagai contoh : Prestasi kerja yang tidak memenuhi standard jawatan, Pengurangan tenaga kerja, Penstrukturan semula syarikat, dll.].
3. Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan diminta untuk menyerahkan semua harta dan dokumen syarikat yang berada dalam simpanan Tuan / Puan sebelum atau pada tarikh Penamatan tersebut. Tuan / Puan juga berhak untuk menerima gaji yang masih belum dibayar, ter masuk pampasan atau manfaat lain yang layak diterima berdasar kan terma dan syarat syarikat serta undang undang yang berkuat kuasa.
4. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah Tuan / Puan berikan sepanjang tempoh anda ber khidmat di sini. Harapan kami agar Tuan / Puan akan terus berjaya dalam semua usaha masa depan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
________________________
[Nama Pengurus / Ketua Jabatan]
[Jawatan]
[Nama Syarikat]
Lain lain artikel yang menarik khas untuk anda :