Contoh Surat Permohonan Sijil Berhenti Sekolah [Khalifah Media Networks]

Surat permohonan sijil berhenti sekolah ialah surat rasmi yang dihantar kepada pihak sekolah untuk meminta sijil berhenti bagi pelajar yang tidak lagi bersekolah di situ. Sijil ini penting kerana ia menjadi bukti rasmi bahawa pelajar telah berhenti sekolah. Biasanya, surat ini ditulis oleh ibu bapa, penjaga, atau pelajar sendiri. Sebab-sebab pelajar berhenti sekolah mungkin kerana berpindah, melanjutkan pelajaran di tempat lain, atau mula bekerja. Artikel ini juga disertakan contoh surat untuk memohon sijil berhenti sekolah.

surat permohonan sijil berhenti sekolah

 

Sijil berhenti sekolah dibuat dalam banyak keadaan, seperti untuk masuk di sekolah baru, memohon kerja, atau melanjutkan pelajaran. Tanpa sijil ini, pelajar mungkin sukar untuk membuktikan mereka pernah bersekolah di situ dan telah berhenti dengan cara yang betul.

Surat permohonan ini perlu ditulis dengan cara formal dan bahasa yang sopan. Maklumat penting yang perlu ada dalam surat ini seperti nama penuh pelajar, nombor kad pengenalan, kelas, dan sebab memohon sijil berhenti. Surat ini juga sebagai permohonan rasmi kepada pihak sekolah untuk segera berikan sijil, supaya pelajar boleh teruskan urusan mereka tanpa masalah.

 

CONTOH SURAT PERMOHONAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH

Nama Pemohon
Alamat Pemohon
No. Telefon Pemohon

Tarikh: [Tarikh Surat]

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni,
Alamat Sekolah

Tuan/Puan,

Permohonan Sijil Berhenti Sekolah

Dengan segala hormat, saya sebagai ibu/bapa/penjaga kepada pelajar bernama [Nama Penuh Pelajar], ingin memohon agar pihak sekolah mengeluarkan sijil berhenti sekolah untuk anak saya. Berikut adalah butiran pelajar:

Nama Pelajar: [Nama penuh pelajar]
No. Kad Pengenalan: [Nombor kad pengenalan pelajar]
Kelas Terakhir: [Tingkatan/Kelas]

Anak saya akan berhenti sekolah pada [tarikh berhenti] kerana [nyatakan sebab, contoh: berpindah sekolah, melanjutkan pelajaran ke kolej, mendapat tawaran kerja, atau sebab-sebab lain]. Oleh itu, saya mohon agar sijil berhenti sekolah ini dapat dikeluarkan dengan segera untuk memudahkan urusan anak saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas segala bimbingan dan pendidikan yang diberikan kepada anak saya selama dia belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Murni. Kami sangat menghargai segala usaha guru-guru dan pihak sekolah.

Saya berharap permohonan ini dapat diproses dengan segera. Jika ada maklumat tambahan yang diperlukan, saya sedia memberikan kerjasama.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Tandatangan]
[Nama Pemohon]
Ibu/Bapa/Penjaga

Berikut adalah contoh surat permohonan sijil berhenti sekolah yang boleh dijadikan panduan.

surat mohon sijil berhenti sekolah

PERINCIAN SURAT PERMOHONAN

  1. Nama Pemohon
    Nama pemohon ialah orang yang menulis surat ini. Biasanya, ibu bapa atau penjaga pelajar akan menulis surat ini. Kadang-kadang, pelajar yang sudah cukup umur boleh menulis surat sendiri untuk memohon sijil berhenti.
  2. Alamat dan Nombor Telefon
    Alamat dan nombor telefon pemohon perlu ditulis supaya pihak sekolah boleh hubungi jika ada soalan semasa memproses sijil.
  3. Butiran Pelajar
    Butiran lengkap pelajar mesti ditulis di dalam surat seperti nama penuh pelajar, nombor kad pengenalan, dan kelas terakhir. Maklumat ini penting supaya pihak sekolah dapat kenal pasti pelajar dengan tepat dan mengeluarkan sijil kepada pelajar yang betul.
  4. Sebab Berhenti
    Sebab pelajar berhenti sekolah juga perlu ditulis. Contohnya, berpindah sekolah, melanjutkan pelajaran ke tempat lain, atau bekerja. Sebab yang jelas akan membantu pihak sekolah memahami keadaan dan mempercepatkan proses mengeluarkan sijil.
  5. Ucapan Terima Kasih
    Pemohon akan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas usaha yang diberikan kepada pelajar. Ini menunjukkan penghargaan kepada guru-guru dan sekolah.
  6. Tandatangan Pemohon
    Akhirnya, surat mesti ditandatangani oleh pemohon untuk sahkan bahawa permohonan ini sahih dan dibuat dengan penuh kesedaran.

KESIMPULAN

Surat permohonan sijil berhenti sekolah ialah surat rasmi yang ditulis oleh pelajar atau ibu bapa untuk meminta sijil berhenti setelah pelajar tidak lagi bersekolah. Surat ini penting kerana ia memberi pengesahan rasmi bahawa pelajar telah berhenti sekolah dengan betul. Jika surat ini mengandungi butiran yang lengkap dan ditulis dengan susunan yang formal, pihak sekolah dapat mengeluarkan sijil berhenti dengan mudah. Ini memudahkan pelajar untuk membuat urusan lain seperti berpindah sekolah atau mencari kerja tanpa sebarang masalah.

 

Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Rayuan Kemasukan Sekolah Menengah

Contoh Surat Permohonan Pindah Sekolah

Share.

Leave A Reply