Contoh Surat Rayuan Mengulang Peperiksaan [Khalifah Media Networks]

Surat rayuan mengulang peperiksaan ialah surat rasmi yang ditulis oleh pelajar kepada pihak sekolah atau universiti untuk mengulang peperiksaan yang telah gagal atau tidak dapat hadir. Surat ini diberikan selepas keputusan peperiksaan diumumkan atau jika pelajar terlepas peperiksaan kerana alasan seperti masalah kesihatan, kecemasan keluarga, atau hal peribadi lain. Dalam artikel ini, terdapat juga contoh cara menulis surat rayuan mengulang peperiksaan.

rayuan mengulang peperiksaan

 

MAKSUD SURAT RAYUAN MENGULANG PEPERIKSAAN

Surat ini ditulis untuk meminta pertimbangan pihak yang terlibat supaya pelajar diberi peluang kedua untuk mengulang peperiksaan yang mereka gagal. Dalam surat ini, pelajar perlu beri alasan yang jelas, mengapa perlu mengulang peperiksaan, dan menunjukkan kesungguhan untuk baiki keputusan.

PENERANGAN TENTANG SURAT RAYUAN MENGULANG PEPERIKSAAN

Surat rayuan mengulang peperiksaan perlu ditulis dalam format surat rasmi. Surat ini perlu ditulis dengan salam hormat, diikuti oleh perkenalkan diri pelajar seperti nama, nombor matrik (jika ada), dan butiran tentang subjek atau kertas peperiksaan yang ingin diulang. Pelajar perlu berikan sebab mereka gagal peperiksaan. Selain itu, pelajar harus tunjukkan usaha untuk belajar dengan lebih baik dan memohon peluang kedua untuk mengulang peperiksaan.

 

CONTOH SURAT RAYUAN MENGULANG PEPERIKSAAN

Nama Pengirim
[Alamat Pengirim]
[No. Telefon Pengirim]

Tarikh:
[Tarikh Surat]

Kepada,
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan [Nama Sekolah]
[Alamat Sekolah]

Tuan/Puan,

Per: Rayuan Untuk Mengulang Peperiksaan [Nama Peperiksaan]

Saya, [Nama Pengirim], pelajar Tingkatan [Tingkatan] di Sekolah Menengah Kebangsaan [Nama Sekolah], ingin memohon rayuan untuk mengulang peperiksaan [Nama Peperiksaan] yang telah diadakan pada [Tarikh Peperiksaan].

Selain itu, saya tidak dapat hadir untuk peperiksaan tersebut kerana [nyatakan sebab, seperti sakit, kecemasan keluarga, atau masalah kesihatan]. Saya telah sertakan bersama surat ini dokumen sokongan, seperti surat perubatan daripada doktor/ klinik yang merawat saya sebagai bukti.

Saya sangat bimbang tentang kesan ketiadaan saya dalam peperiksaan tersebut terhadap keputusan akademik saya, lebih-lebih lagi kerana mata pelajaran itu amat penting bagi peperiksaan SPM saya. Oleh itu, saya dengan rendah hati memohon jasa baik pihak sekolah agar memberi peluang kepada saya untuk mengulang peperiksaan tersebut.

Saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan rayuan ini dan memberikan saya peluang untuk memperbaiki keputusan saya. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak sekolah amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
[Nama Pengirim]
[Nombor Telefon]

 

Berikut adalah contoh surat rayuan mengulang peperiksaan:

Contoh Surat Rayuan Mengulang Peperiksaan

KEPENTINGAN SURAT RAYUAN MENGULANG PEPERIKSAAN

  1. Mendapat Peluang Kedua
    Surat ini memberi peluang kepada pelajar untuk baiki keputusan peperiksaan yang gagal. Dengan surat ini, pelajar dapat tunjukkan bahawa mereka bersedia belajar dari kesalahan itu.
  2. Saluran Komunikasi Rasmi
    Surat rayuan adalah cara rasmi untuk pelajar berkomunikasi dengan pihak pentadbiran. Melalui surat ini, pelajar boleh memberi alasan yang jelas dan sah kenapa mereka perlu mengulang peperiksaan.
  3. Tanda Komitmen Pelajar
    Menulis surat ini menunjukkan bahawa pelajar bersungguh-sungguh untuk baiki keputusan. Ini juga boleh menjadi bukti kesungguhan mereka dalam mencapai kejayaan.
  4. Dokumen Rujukan
    Surat rayuan mengulang peperiksaan penting sebagai rekod rasmi untuk pihak sekolah. Ia dapat bantu mereka menilai setiap permohonan dengan adil dan membuat keputusan dengan lebih tepat.

 

 

Artikel-artikel yang lebih menarik khas untuk anda:

Contoh Surat Jemputan Ceramah Motivasi di Sekolah

Contoh Surat Permohonan Pindah Sekolah

Share.

Leave A Reply