Surat tuntutan bayaran adalah surat rasmi yang diberi untuk meminta pembayaran bagi hutang yang masih belum diterima. Surat ini diberi oleh syarikat, individu, atau institusi yang belum menerima bayaran dari pelanggan, klien, atau rakan niaga. Tujuan utama surat ini adalah untuk meminta hutang secara rasmi dan memberi amaran kepada pihak yang berhutang. Ia sering kali menjadi langkah awal sebelum tindakan lanjut diambil, seperti prosedur pemulihan hutang. Dengan surat ini, pihak yang menuntut dapat menyatakan jumlah yang perlu dibayar, tarikh akhir bayaran, dan akibat jika bayaran tidak dibuat. Ini memastikan semua pihak memahami kewajipan mereka.

Dengan format yang jelas dan bahasa yang mudah, surat tuntutan bayaran adalah cara yang efektif untuk membayar bayaran yang tertunggak. Surat ini mengandungi butiran penting seperti jumlah wang yang perlu dibayar, tarikh akhir bayaran, dan  tindakan yang perlu diambil jika bayaran tidak diterima.

Contohnya, surat ini akan memberitahu butiran hutang, termasuk jumlah yang tepat dan tarikh akhir untuk membuat bayaran. Selain itu, surat ini juga akan memberitahu dengan jelas apa yang akan berlaku jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dengan membuat  format yang teratur dan butiran yang lengkap, lantas, ini menyenangkan mereka melangsaikan hutang.

Contoh Surat Tuntutan Bayaran:

ABC Sdn. Bhd.
123, Jalan Utama,
Kuala Lumpur
Tel: –
E-mel:-

Tarikh: 1 September 2024

Kepada:
DEF Sdn. Bhd.
456, Jalan Sekunder,
Kuala Lumpur

Subjek: Tuntutan Bayaran

Kepada Pihak Yang Berkenaan,

Kami ingin maklum bahawa bayaran untuk invois nombor [No. Invois] bertarikh [Tarikh Invois] berjumlah RM [Jumlah] masih belum terima. Tarikh akhir untuk pembayaran ialah pada [Tarikh Akhir].

Kami harap pihak tuan dapat membuat bayaran dalam tempoh [tempoh masa] dari tarikh surat ini. Jika tidak, kami mungkin perlu ambil langkah lain untuk tuntut bayaran ini.

Jika ada soalan, sila hubungi kami di [Nombor Telefon] atau [Alamat E-mel].

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Pengirim]
[Jawatan]
ABC Sdn. Bhd.

Artikel-artikel menarik yang boleh anda baca:

Contoh Surat Permohonan Pindah Sekolah

Contoh penyata hutang pembayaran

Share.

Leave A Reply