Surat Aduan Gangguan Bunyi Kawasan Perumahan ialah surat rasmi yang dibuat untuk mengadu tentang bunyi bising yang berlaku di kawasan tempat tinggal. Bunyi bising ini boleh datang dari pembinaan, muzik kuat, atau mesin. Gangguan bunyi ini membuat orang ramai tidak selesa dan boleh mengakibatkan kesihatan semakin merosot, seperti tidur yang tidak cukup dan boleh menyebabkan tekanan.

Dalam surat ini, pengadu akan menjelaskan dengan terperinci masalah yang dihadapi dan meminta pihak berkuasa untuk campur tangan. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk memberi amaran kepada pihak yang membuat bising atau mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengurangkan bunyi tersebut.

Surat ini juga bertujuan untuk menjaga hak penduduk untuk tinggal di tempat yang tenang dan selesa, tanpa gangguan bunyi yang tidak diingini. Dengan langkah yang sewajarnya, diharapkan suasana persekitaran dapatĀ  kembali kepada keadaan yang lebih baik dan selamat untuk semua penghuni.

Tujuan Surat Aduan Gangguan Bunyi:

  1. Mengadu Masalah: Menyatakan rasa tidak selesa dan marah akibat bunyi bising.
  2. Meminta Tindakan: Memohon pihak terlibat untuk ambil langkah seperti memberi amaran atau kurangkan bunyi bising.
  3. Melindungi Hak: Memastikan hak untuk tinggal di tempat yang tenang.

 

Contoh Surat Aduan Gangguan Bunyi:

Nama Pengadu
Alamat Pengadu
Tarikh: [Tarikh Surat]

Kepada:
Pengurus,
Majlis Perbandaran [Nama Majlis],
[Alamat Majlis]

Tuan/Puan,

Aduan Gangguan Bunyi di [Nama Kawasan]

Saya ingin buat aduan tentang bunyi bising yang berlaku di kawasan [Nama Kawasan] dari premis [Lokasi]. Bunyi ini berlaku [Masa Gangguan] dan amat menganggu orang ramai, orang tua dan budak – budak.

Walaupun aduan lisan telah dibuat, masalah ini masih belum selesai. Bunyi bising ini ganggu waktu rehat dan jejaskan kesihatan penduduk.

Saya mohon pihak majlis ambil langkah segera, seperti memberi amaran kepada premis tersebut. Diharap kerjasama pihak tuan/puan dapat memastikan kawasan ini kembali tenang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Nama Pengadu]
[Nombor Telefon]

Artikel-artikel menarik seperti:

Contoh Surat aduan gangguan dalam perniagaan

Contoh Surat Pemberitahuan Kerja Lebih Masa

Share.

Leave A Reply