Covid-19. Ahli Politik Pertama Meninggal Dunia. AL FATIHAH.

| March 7, 2020 | 1 Comment

Covid-19. Ahli Politik Pertama Meninggal Dunia. AL FATIHAH. | Kejadian di Iran. Ahli politik pertama meninggal dunia akibat penularan virus Covid-19. Al Fatihah. Baca selanjutnya.

Baru Dilantik Ke Parlimen

Seorang ahli politik konservatif yang baru dilantik sebagai salah seorang daripada 30 wakil Teheran ke Parlimen Iran meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Fatemah Rahbar dari Parti Gabungan Islam (ICP) dijadual memulakan tugas sebagai wakil wilayah Shemiranat dan Eslamshahr pada Mei depan.

Beliau ialah ahli politik wanita pertama yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Iran.

Lapor media tempatan, Fatemah berada dalam keadaan koma sejak semalam dan meninggal dunia awal hari ini.

Setakat ini, sebanyak 124 kematian dan 4,747 kes jangkitan akibat Covid-19 di republik berkenaan. – Agensi

Timbalan Menteri Iran Antara Terjangkit Covid-19

Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi disahkan positif koronavirus (Covid-19) ketika kes jangkitan wabak itu menunjukkan peningakatan mendadak di republik berkenaan.

Harirchi dilaporkan batuk dan berpeluh ketika mengendalikan sidang media mengenai wabak berkenaan.

Pada sidang media itu, beliau turut menafikan dakwaan bahawa terdapat 50 individu maut akibat Covid-19 di bandar Qom dan menyatakan untuk meletak jawatan sekiranya dakwaan berkenaan benar.

Tidak lama selepas itu, Harirchi muncul dalam satu rakaman video mengesahkan beliau dijangkiti virus tersebut.

“Saya juga telah dijangkiti. Saya kini sedang mengasingkan diri dan memulakan rawatan.

“Kita mampu menangani virus ini dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” katanya.

Iran mengesahkan tiga lagi kematian akibat Covid-19 dan lebih 34 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 15 dan 95 mangsa jangkitan.

Menurut kementerian kesihatan, kebanyakan mangsa yang berada di luar Qom adalah mereka yang mempunyai sejarah berkunjung ke bandar berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada perintah kuarantin dikeluarkan untuk bandar itu.

Menteri Kesihatan, Saeed Namaki mempertahankan langkah itu dan menyifatkan ia sebagai ‘cara lama’. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *