Lepas Van Jenazah Percuma. Kini Uncle Kentang Offer Bas Sewa Harga Tak Masuk Akal

| March 6, 2020 | 6 Comments

Lepas Van Jenazah Percuma. Kini Uncle Kentang Offer Bas Sewa Harga Tak Masuk Akal | Tak lama lepas viral bagi pinjam van jenazah percuma, kini Uncle Kentang buat kejutan lagi dengan offer bas sewa harga tak masuk akal pula. Baca selanjutnya.

Sewa Bas Hanya Rm70 Sahaja

Siapa yang tidak kenal dengan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Uncle Kentang’?

Beliau adalah seorang hero rakyat yang aktif dalam gerak kerja kemanusiaan dengan menjalankan pelbagai bantuan segera tanpa mengira jurang bangsa mahupun agama.

Jika sebelum ini beliau berjaya menyediakan van ambulans dan jenazah, terkini di Facebooknya pagi tadi, Uncle Kentang sekali lagi mengumumkan kerja kebajikan terbarunya, iaitu perhidmatan bas sewa serendah RM70 sahaja.

Menurut kenyataannya, sewaan bas tersebut dikhususkan untuk kegunaan rombongan majlis perkahwinan bagi mana-mana bapa dan ibu tunggal yang ingin kembali berkahwin dan berkeluarga namun kurang berkemampuan.

“Saya offer bas RM70 sekali sewa kerana bayar bus driver dan belanjalah bus driver nasi minyak,” jelasnya mengenai bayaran RM70 tersebut.

Tawaran istimewa itu hanya dibuka untuk warga Puchong yang betul-betul memerlukan dan kadar jarak penggunaannya hanya terhad dalam radius 50 kilometer dari Puchong sahaja.

Hebahan tersebut menerima pelbagai respon positif daripada kalangan warganet yang lain.

Inilah nilai sifat kemanusiaan dan kekeluargaan yang harus ada pada semua rakyat Malaysia. Terima kasih Uncle Kentang!

Komen Netizen


Sumber: FB Kuan Chee Heng via Siakapkeli

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA