Covid 19. Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka | Kerajaan menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.

Beliau berkata, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners.

“Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.

“Ibu bapa mesti sentiasa ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah. Ingatkan mereka supaya jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, elakkan tempat sesak, jangan berjabat tangan dan lainlain. Ingatkan mereka setiap hari,” katanya menerusi Perutusan Khas Perkembangan Terkini PKPP di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply