Covid 19. Kerajaan Umum SOP Baharu Dalam Tempoh Terdekat | Kuala Lumpur: Perubahan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini SOP itu sudah dibentangkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam sidang khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, namun ia tidak diumumkan sekiranya ada perkara yang akan menimbulkan kekeliruan masyarakat.

“MKN sudah bentang (SOP baharu), tetapi kita minta mereka kemaskan kembali cadangan itu kerana kita tidak mahu berlaku kekeliruan di dalam masyarakat yang akan menyusahkan rakyat kita sendiri.

“MKN akan tambah baik SOP itu dan Insya-Allah kita akan bentang semula dalam waktu terdekat ini, mungkin dalam tempoh dua tiga hari dari sekarang,” katanya hari ini.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply