Buang Kubah Masjid, Tindakan China Dikritik

| November 3, 2020 | 0 Comments

Buang Kubah Masjid, Tindakan China Dikritik | Beijing – China membuat tindakan membuang kubah dan elemen perhiasan dari semua masjid di negara itu baru-baru ini.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Beijing untuk menguburkan identiti Islam, demikian menurut laporan akhbar The Telegraph.

Masjid Nanguan di bandar Yinchuan iaitu ibu negeri wilayah Ningxia yang popular dengan kubah berwarna hijau cerah dan hiasan keemasan antara sasaran gerakan tersebut.

Beberapa gambar yang dikongsi oleh Timbalan Ketua Misi United Kingdom (UK) di China, Cristina Scott menunjukkan semua perhiasan dan warna asal masjid itu dibuang atau di­padamkan.

Hanya papan tanda dengan tulisan Masjid Nanguan dalam bahasa Mandarin dikekalkan di bangunan itu.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA, DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *