Covid 19. Sepang Bertukar Zon Merah

| May 31, 2020 | 0 Comments

Covid-19. Sepang Bertukar Zon Merah | Pertambahan 24 kes baru Covid-19 di mukim Labu menjadikan daerah Sepang bertukar daripada zon kuning ke merah semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook, pertambahan 24 kes baru itu menjadikan kes aktif terkumpul kini adalah 64 kes.

Secara keseluruhan, daerah itu merekodkan 136 kes.

“Kes baru Depoh Tahanan Imigresen (DTI) yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini zon merah dan dengan itu, daerah Sepang juga menjadi zon merah secara automatik.

“Pengamalan kebiasaan baru seperti penjarakan sosial, jaga kebersihan dan pakai pelitup muka perlu menjadi rutin harian. Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dan info grafik dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, negeri itu merekodkan 31 kes baru sehingga 12 tengah hari semalam.

“Pertambahan 31 kes iaitu 28 kes tempatan dan tiga kes luar negara.

“Terdapat pertambahan 24 kes positif di DTI Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiada pertambahan kes di DTI Semenyih dan tiada pertambahan kes positif kluster syarikat pembersihan di Kuala Langat,” katanya.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes terkumpul adalah 1,909 kes manakala 1,531 kes sembuh, 278 kes aktif dan kematian kekal pada angka 22.

Tiada pertambahan kes baru di daerah Hulu Langat yang berada dalam zon merah dengan 126 kes aktif membabitkan dua mukim iaitu Hulu Langat dan Semenyih.

Selain itu, enam daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Petaling (23), Kuala Langat (20), Gombak (17), Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (enam), Klang (enam) manakala Sabak Bernam berada di zon hijau apabila tiada kes baharu direkodkan.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *