Resepi Dalgona Coffee Kini Viral Ketika ‘Lockdown’ | Disebabkan masih terdapat Pemerintahan Kawalan Pergerakan (PKP), ramai orang dinasihatkan untuk berada dirumah dan menjaga kesihatan agar terhindar daripada virus merbahaya di negara kita iaitu Covid-19. Disamping itu, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik untuk meringurangkan kebosanan berada di rumah selain mengisi masa bersama keluarga, ada yang menonton televisyen, ada bersenam di dalam rumah, mencuba resepi kesukaan atau baharu dan sebagainya.

Bercakap tentang resepi semasa lockdown, ramai telah mencuba resepi minuman baharu yang kini tular di media sosial dan menjadi kegemaran ramai. Ramai juga memberi maklum balas yang positif terhadap keenakan resepi minuman tersebut iaitu Dalgona Coffee. Tanpa membuang masa marilah kita mempelajari resepi mudah Dalgona Coffee pastinya membuat anda terliur dengan keenakan minuman tersebut.

Bahan-bahan Buat Air Dalgona Coffee

Bahan-Bahan

  • 5 Sdt Kopi Bubuk
  • 5 Sdt Gula Pasir
  • 5 Sdt Air Panas Secukupnya
  • Ais Batu Secukupnya
  • Susu Cair

Cara-Cara

  • Campurkan kesemua bahan kecuali susu dan ketul ais.
  • Pukul bahan tersebut atau lebih mudah dengan menggunakan mesin mixer hingga kembang.
  • Selepas itu, masukkan ketul ais dan susu segar dalam cawan.
  • Akhir sekali masukan bahan yamg dah dipukul tadi kedalam cawan.

Video cara buat Dalgona Coffee

Kredit : MOJOKERTO

Mudah bukan resepi Dalgona Coffee ini ? Nah, anda masih tidak terlambat untuk mencuba resepi ini. Dalgona coffee ini juga seakan-akan resepi minuman hipster yang selalunya berada di cafe.

Bagi anda yang baru pertama kali ingin mencuba minuman kopi, disarankan untuk mengambil kuantiti yang sedikit. Kerana setengah orang, tubuh tidak tahan dengan kafein juga boleh menyebabkan kesan sampingan. Anda juga  boleh la mencuba perisa lain seperti Milo, horliks dan sebagainya. Selamat mencuba dan nikmati minuman viral bersama-sama keluarga anda!

Share.

Leave A Reply