Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, memberi alasan mahu mengambil barang ketika mereka ditahan warden selepas didapati berada di bilik asrama perempuan, awal pagi Khamis lalu.

Cuba Tanggal Seluar Pelajar Perempuan Sedang Tidur, 3 Remaja Ditahan

Bagaimanapun, seorang pelajar perempuan yang curiga selepas mengetahui alasan diberikan mereka tidak logik selain geram kerana menjadi mangsa ketika tidur membuat satu laporan polis, semalam.

Sumber berkata, pelajar perempuan tingkatan satu berkenaan mendakwa pada hari kejadian dia sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa ada seseorang menarik seluarnya.

“Remaja perempuan itu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga dari tidur.

“Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan memberitahu yang dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian terus bersembunyi bawah katil di sebelahnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lagi lelaki berada bawah katil sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.

“Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu.

“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan warden itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki tingkatan dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.

“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Komen Netizen :

Usia muda tapi dah berani mencabul. Kes berat ni. Jangan pandang ringan wahai ahli keluarga.

Astaghfirullahadzim..tenat dah dunia sekarang..takutnya..moga Allah jauhkan ahli keluarga kita dari perkara2 sebegini..naudzubillahimindzalik.

Nakal² budak² asrama dulu² ada limit.. mcm² dorang buat fly la apa la, tp tak pernah plak dengar kes masuk dlm bilik asrama perempuan.. ni tak padan dgn f2..

Kandungan internet yang tidak terkawal merosakkan anak2 muda

Sbb nie perlu wujudkan jawatan khas untuk jadi warden asrama ni. Bukan cikgu nk kena buat semua. Bagi offer dkt askar2 pencen, tgk dia jaga asrama mcm mana. Baru jadi manusia. Bdk2 skrg dgn manjanya, dgn adabnya. Bagi yg betul2 berwibawa didik, biar jadi manusia sikit.

Adui, menyeramkan😳 , apa sudah jadi dengan remaja zaman sekarang😥

Harap tiada kompromi dari pihak pengurusan sekolah…. Pastikan tiada campur tangan ghaib meloloskan dan melindungi perbuatan pelaku seolah mangsa buat2 cerita….

Student form 2 tapi dah berani ceroboh asrama perempuan tgh2 malam. Dah ceroboh, mencabul pulak. Trauma budak perempuan tu. 😢

Nasib baik warden buat rondaan. Klu tidak pemangsa akan buat lagi. Silap2 depa buat konten kat tiktok. Mohon warden yg bertanggungjawab mcm cgu ni dinaikkan gaji mereka.

Bagus tindakan pelajar perempuan tu. Kalau sekolah xambil tindakan, terus buat laporan polis.

Nampak sgt keselamatan diasrama tak dikawal rapi apalagi melibatkan asrama perempuan.

Mcm2 kes akhlak genarasi skg.. Makin menakutkan.. Berani sgt

Adik2 semua, fikir dulu sebelum buat kerja

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply