Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Dah 2 Hari Tak Solat Subuh Berjemaah Di Masjid. Ini Luahan Hati Dr Maza Buat Ramai Sebak | Ekoran wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia, dah 2 hari Dr Maza tak solat subuh berjemaah di masjid. Dan ini luahan hati beliau buat ramai umat Islam sebak. Allahu. Baca selanjutnya.

Rindu Solat Subuh Berjemaah Di Masjid

Sudah dua pagi saya tidak bersolat Subuh di masjid. Ini disebabkan perkembangan wabak yang ada. Saya bersolat Subuh dengan keluarga di surau persendirian kami. Kebetulan cuti sekolah, anak-anak balik dari asrama maka dapatlah berjemaah bersama.

Saya tahu kita semua dapat merasakan betapa berat rindu dan rasa dalam jiwa apabila tidak dapat bersolat Subuh di masjid. Saya tahu itulah perasaan ramai ahli-ahli Solat Subuh berjamaah di masjid. Ini kerana kita semua selepas, memulakan pagi dengan tahajjud, kita akan ke masjid berjamaah subuh.

Kita akan berzikir dan berdoa memohon kebaikan hari yang akan kita lalui. Apabila ada satu mata rantai tersebut yang berkurang, pasti kita rasa satu kehilangan.

Namun, ALLAH Maha Mengetahui, menjaga kesihatan dan nyawa juga adalah perintahNYA. DIA melarang kita membahayakan diri, orang lain, apatah lagi keluarga sendiri. Sedangkan orang yang memakan bawang dilarang ke masjid oleh Nabi s.a.w kerana bimbang menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada orang lain, inikan pula jika ada penyakit yang boleh membahayakan diri, keluarga dan orang lain.

مَنْ أَكَلَ ثُومًا أَوْ بَصَلاً فَلْيَعْتَزِلْنَا أَوْ لِيَعْتَزِلْ مَسْجِدَنَا وَلْيَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ
“Sesiapa yang memakan bawang putih atau bawang, jangan dia menghampiri kami atau masjid kami Hendaklah dia duduk di rumahnya” (Riwayat al-Bukhari).

Sukarnya kerana ada yang terbabit enggan ke pusat pemeriksaan. Alhamdulillah, beberapa laporan telah dibuat. Harapnya, semua telah menyerahkan diri untuk diperiksa pada hari ini.

Maka, ketidakan hadiran berjemaah subuh di masjid memang sesuatu yang berat mengenangkan kelebihan yang dijanjikan untuk mereka yang bersolat subuh berjamaah. Namun memelihara diri, keluarga dan orang ramai juga merupakan titah perintah ALLAH. Ia satu perintah yang jauh lebih besar.

Sudah pasti ALLAH tidak akan mensia-siakan atau mengurangkan fadilatNYA untuk mereka yang meninggalkan satu fadilat kerana satu titahNYA yang lain yang lebih besar. Nabi s.a.w pernah bersabda berhubung dengan para sahabat yang uzur tidak dapat menyertai Nabi s.a.w dalam jihad:

لَقَدْ خَلَّفْتُمْ بِالْمَدِينَةِ رِجَالًا، مَا قَطَعْتُمْ وَادِيًا، وَلَا سَلَكْتُمْ طَرِيقًا، إِلَّا شَرَكُوكُمْ فِي الْأَجْرِ، حَبَسَهُمُ الْمَرَضُ
“Sesungguhnya kamu telah tinggalkan di Madinah orang-orang yang tidak kamu merentasi satu lembah, atau melalui satu jalan melainkan mereka menyertai kami dari segi pahala. Mereka itu terhalang oleh sakit” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dll)

Semoga kita yang sentiasa berniat ingin solat berjamaah juga sentiasa mendapat pahala walaupun tidak hadir ke masjid disebabkan keadaan yang ada. Ya ALLAH kekalkan kerinduan jiwa kami untuk berjamaah di waktu subuh dan mendengar ayat-ayatMU didendangkan. Angkatlah wabak ini semoga kembali kami dapat bersama bersolat dengan penuh pengabdian kepadaMU sebelum memulakan hari kami.

Seorang warga Malaysia yang kini tengah terperangkap di Itali merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan menceritakan punca mengejutkan Itali jadi teruk dengan wabak Covid-19. Tak sangka. Baca selanjutnya. >> Covid-19. Ini Rayuan Warga Malaysia Di Itali Kepada Seluruh Rakyat Malaysia (LINK)

Selepas positif Covid-19, berjangkit dari ayahnya, beliau masih di wad hospital, dan berkongsi maklumat mengejutkan yang ramai tak tahu tentang virus ni. Tak sangka. Baca selanjutnya. >> Lelaki Melayu Ni Dedah Pengalaman Positif Covid- 19 Yang Ramai Tak Tahu (LINK)

Sumber: FB Dr Maza

Share.

Leave A Reply